13 July 2013

Salleh Stall, Kuala Sepetang

Mee Udang Port Weld (Since 1956)

Assalammualaikum...
Lama dah tak bukak blog ni rasanya... Ok, bulan puasa ni, meh kita uji tahap ketabahan kita dengan makanan... Hohohoho... Kami g ke Salleh Stall ni masa g Kuala Kangsar hari tuh la... Dah alang-alang sampai Perak kan. Kalo tak, bila lagi nak g nyer... Nak g Kuala Sepetang ni kita ikut jalan nak ke Taiping Perak. Nanti ada la signboard ke Kuala Sepetang nieh. 

Salleh Stall ni lebih kurang 15km dari pekan. Kalo sebelum ni Mrs. Yan penah cite pasal Mee Udang Selera Sri Tambang, Pulau Pinang, dengan Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang, kali ni Mrs. Yan nak cerita pasal Mee Udang Port Weld pulak. Warung ni kat kawasan pekan cina Kuala Sepetang. Maknenye, kalo korang ikut signboard ke Kuala Sepetang, korang terus je. Nanti nampak la kat sepanjang jalan tuh ada banyak kedai mee udang. Biasa orang akan pegi kat Mak Jah ngan Mak Teh. Kalo kedai Mak Jah tuh memang ramai giler la orang. Tapi Mrs. Yan nekad gak nak g kat Salleh Stall.

Mula la operasi mencari Salleh Stall. Lepas jumpa Mak Jah, korang terus je sampai la masuk ke pekan cina. Pastuh belok kiri. Terus, pandang kiri, nanti korang nampak Salleh Stall ni. Keadaan warung dia, macam mana nak cakap ea... Macam warung lama. Sepatutnya kena ada penambahbaikan kot kat warung ni. Warung memang berdepan dengan  longkang. Pastuh air longkang tuh pun memang dah tak nampak warna. Sekali dengan aroma longkang yang kadang-kadang terhidu dek hidung nieh. Macam tuh la perasaan dia. Sori la sangat. Maybe ada yang jenis tak kesah dengan keadaan yang macam tuh. Tapi bagi Mrs. Yan, makanan sedap macam mana pun, sedikit keselesaan tuh agak penting gak sebenarnya. Lagi pun, Mrs. Yan percaya kebanyakan orang luar yang tau pasal Salleh Stall ni mesti dari internet. Bila dah sampai, dah benti, takkan nak masuk keta balik kan...

Salleh Stall
 
ok, sampai situ jela pasal keadaan warung. Kitorang pun duduk nak order... Semua pakat-pakat amik mee udang. 3 mee udang biasa untuk Mrs. Yan, ma ngan Dayah, Mr. Aid punya mee udang super special. Harga untuk mee udang biasa RM7, mee udang special RM13, mee udang super special RM18. Kami pun tunggu makanan. Bila sampai mee udang biasa, memang saiz udang dia biasa la. tak best sangat. Nyesal cket. Kena amik mee  udang special kot baru udang dia besar. Sampai je Mr. Aid punya, memang best. udang dia besar. Ada la dalam 5 ekor macam tuh. Kuah dia pun pekat lagi sedap dari Mak Teh kot.

 Mee dia memang lagi sedap lebih-lebih lagi kalo kita abaikan keadaan warung dia.



Ok lah... Sape yang nak g Taiping ke, dah alang-alang, cubalah rasa mee udang kat sini. Tapi kalo nak compare Mak Teh ngan Salleh Stall, Mrs. Yan prefer lagi Mak Teh sebab selesa. Next time kalo ada rezeki ke Taiping ke, Mrs. Yan nak try Mak Jah pulak sebab memang berbaris kot keta kat situ.

Selamat berpuasa semua... :)

Hari ni, tok entry ni je, Mrs. Yan rasa dah banyak kali Mrs. Yan tekan 'backspace'... Adeyyy laaaa... Macam ni la kalo tengah pening... Hohohohoho...

-Thanks for reading-



  

 
 

0 comments:

Post a Comment