20 July 2013

Convo Day, Dayah & Nazrol

Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar

Assalammualaikum...
Entry yang terakhir di Kuala Kangsar. Entry ni memang panjang ye. Dayah ngan Nazrol, konvo hari Ahad. Pepagi lagi dah start, around 7.30 pagi. Jadinya, Iwan dah hantar Dayah, ma, ngan abah pepagi ke Dewan Jubli Perak, pastuh balik homestay sambung tido. Mrs. Yan, Mr. Aid ngan Iwan gerak dalam pukul 9 pagi macam tuh. Mula la oprasi ktorang dok tergedik-gedik amik gambar dulu sebab ingatkan tak boleh masuk. Siap beli makanan lagi (perasaan perut harus diutamakan).

 Dewan Jubli Perak


Sedap gak kek dia

 Benda wajib ada masa konvo. Lelaki pun jadi mat bunga time nieh

Ada 1 cerita masa ktorang tengah beli makanan. Ktorang nampak ada brader ni dia jual ice blended guna susu kambing. Tapi ada flavor la. Minat nak beli. Ktorang pun tunggu. Derang baru nak start generator. Lama ktorang tunggu sampai Iwan dah abeh la makan dadih yang derang jual. Ktorang siap tengok budak Kolej Melayu Kuala Kangsar main ragbi lagi. At last sebab dah lama sangat tunggu, ktorang cakap nanti ktorang datang balik. Brader tuh pun macam dah pasrah dengan generator dia.

Pastuh Nazrol ngan Dayah lak sebok suruh ktorang masuk dalam dewan. Sebab tak lama lagi turn derang naik pentas. Try la naseb kot boleh masuk. Rupanya yang hado... Reason derang dewan dah penuh. Lama gak la ke hulu ke hilir dah macam orang apa ntah. At last nampak Dayah ngan Nazrol lepak ngan kawan-kawan derang kat toilet. Jadinya, secara tidak sengaja kami telah diseludup masuk ke dalam dewan tersebut. Wahahahaha... Duduk pun main selamba je ambik tempat orang. Bila dah masuk dalam tuh, ktorang tengok kat bahagian atas banyak je lagi kosong... Tipu sangat...

 Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Perak kali ke-10


Congratulation korang

 Yang 3 orang ni nak gak gedik...

 Official photographer : karyacahaya STUDIO

 Bunga everywhere




Ada 1 part yang menyentuh hati masa majlis ni. Mrs. Yan tak ingat dari Kolej Komuniti bahagian mana dan jurusan apa. Tapi nama peserta ni dipanggil akhir sekali dalam senarai jurusan yang diambil. Apa yang buat kami tersentuh sebab nama pelajar tuh dimulakan dengan Allahyarham ..... Ibu kepada pelajar tersebut sangat tabah naik ke atas pentas dengan memakai jubah konvo untuk wakilkan arwah anaknya. Suddenly satu dewan bergema dengan tepukan semangat dari hadirin. Sangat strong ibu tersebut dan semoga roh anaknya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aminnnn...

Ok, berbalik kepada cerita brader yang jual Hi-goat ice blended tadi. Iwan lupa dia belum bayar lagi dadih yang dia makan kat gerai brader tuh masa nak tunggu dia siapkan Ice blended ktorang. Dia pun g balik ke gerai tuh sebab nak bayar. Untung-untung mana tau generator dah ok, boleh rasa ice blended. Tapi sadis giler sebab brader tuh gelak-gelak tengok duit RM1 yang Iwan bagi sebab tuh je rezeki dia tok hari tuh. Takpelah brader, ktorang doakan korang murah rezeki... Tapi yang tak best nya, kenapa ktorang yang kena hadap that situation. Sadis kot meniaga tapi dapat dugaan macam tuh.

Lastly, lepas Dayah ngan Nazrol settle amik gambar studio, sebelum balik ke PJ, family Mrs. Yan ngan family Nazrol g lunch sesama. Kami g ke 'lembah' balik. Siang memang meriah. banyak kedai bukak. Lepas tuh ada deretan kedai orang jual hasil kraftangan terutamanya labu sayong. Tapi bila malam, cuma deretan kedai yang kami dinner malam tuh je yang bukak. Dalam hati dah bunga-bunga sebab boleh la makan Pau Ibu lagi :)




Menu kami banyak gak. Disebabkan time tuh dah pukul 3 petang, pastuh mesti derang yang baru balik konvo tadi meluru ke sini jugak. Chenan terus meluru amik makanan dulu sebab takut abeh. Memang betul pun. Tak lama lepas tuh, makanan pun abeh. Orang ramai sangat. Ok, antara menu ktorang yang Mrs. Yan ingat:

- Ikan talapia bakar 2 ekor
- Ikan lebih kurang macam talapia gak saiz dia tapi taktau ikan apa 2 ekor... Hohohoho
- Tempoyak kepala ikan patin 2 ketul.
- Pajeri terung 1 pingaan
- Rebung masak lemak 1 pinggan
- Taugeh goreng 1 pinggan
- Ulam, sambal belacan, air asam
- Air oren 3 jug. 

Ada sayur lain gak tapi tak ingat dah. Total semua sekali dalam RM200 lebih kot. Sori sebab tak amik gambar banyak time ni. Lapa sangat dah rasa. Tok Chenan, terima kasih sebab open table. Lepas ni ktorang nak makan dekat Restoran Thai Chenan lak ea... :)


Sebelum balik, singgah beli Pau Ibu dulu

Abeh dah jalan-jalan Kuala Kangsar. Tapi yang takkan abeh kenangan yang ada. Banyak sebenarnya tempat yang menarik kat Kuala Kangsar ni. Rasa macam nak repeat balik je g sana sebab memang banyak lagi tempat yang ktorang tak sempat pegi. Dah alang-alang nanti boleh g Taiping lagi. 

-Thanks for reading- 


0 comments:

Post a Comment