29 March 2016

Perutusan Raja Sehari : Ainatul & Faqih

28 Mac 2016

Assalammualaikum...
Pengantin:
Ainatul & Faqih

Tarikh:
27 September 2014

Lokasi:
Sg. Rambai

Kami mendoakan pasangan ini sentiasa di dalam limpahan rahmat Ilahi dan kekal hingga ke akhir hayat.

Jika berminat dengan pakej SnappySmoothie atau ingin mengetahui pakej lain yang disediakan, boleh contact Mr. Aid, 017-3500786... :) 








-Thanks for reading-

28 March 2016

Perutusan Raja Sehari : Sumaiyah & Arif

28 Mac 2016

Assalammualaikum...

Pengantin:
Sumaiyah & Arif

Tarikh:
31 Ogos 2014

Lokasi:
Batu Arang

Kami mendoakan pasangan ini sentiasa di dalam limpahan rahmat Ilahi dan kekal hingga ke akhir hayat.

Jika berminat dengan pakej SnappySmoothie atau ingin mengetahui pakej lain yang disediakan, boleh contact Mr. Aid, 017-3500786... :) 







-Thanks for reading-

Bajet Raya

28 Mac 2016

Assalammualaikum...

Dah lama Mrs. Yan nak share pasal bajet raya ni sebenarnya. Dan memandangkan lagi berapa bulan je nak raya, selain dari persiapan untuk puasa masa bulan Ramadhan, kebanyakkan kita mesti pening untuk persiapan raya. 

Persiapan raya ni sangat-sangat bergantung kepada bajet raya yang kita ada. Start dari awal kawen dulu, Mrs. Yan ngan Mr. Aid akan simpan sorang RM100 tetiap bulan. Duit tu memang untuk raya je. Tapi bila Mrs. Yan dah reveal pasal nieh, korang janganlah ada yang datang jumpa kami, nak mintak pinjam duit pulak... Bukan berkira tau, tapi kejadian makhluk Allah yang ada akal fikiran, datang mintak tolong, lepas tu tak reti nak bayar hutang, dari sebelum dia kawen sampai dah beranak, cukup menyakitkan hati Mrs. Yan. Dasar tak sedar diri makhluk tu. Belum lagi kes, dah la engkau berhutang, kau berlagak kekwat macam aku lak yang berhutang dengan kau. Member Mrs. Yan advice jangan dihalalkan duit tu... Ok, Mrs. Yan ikut. Mrs. Yan taknak halalkan... #jangankecamsaya :)

Eh, tadi nak cerita pasal bajet raya kan... Ok, Istighfar bebanyak, yang da lepas tu biarkan lepas. Tapi aku tetap takkan halalkan... Eh.. Ok, sambung cerita. Memang tetiap bulan kami laki bini dengan berat hati akan asingkan sorang RM100. Kalo korang mampu lebih, korang asingkan lebih. Kalo tak mampu banyak, sikit pun takpe. Anggap je bajet tu boleh topup untuk emergency ke apa tau. Sebab Mrs. Yan selalu dengar kebanyakkan orang akan tunggu bonus la, takpun amik gaji in advance tok guna masa raya. Kalo boleh janganlah jadi macam tu especially untuk orang yang dah berkeluarga. Gaji in advance tu sakit weyh kalo time nak bayar balik. Kalo tak dapat bonus tu pulak mula lah nak meroyan. Buat muka bajet-bajet ketat :)

Ok, apa yang kami buat dengan bajet tu... Mrs. Yan bagitau bukan untuk show off tau. Ala, bajet pun ciput kot. Rakyat marhaen macam Mrs. Yan ni nak beli apa pun lah kan. Nak berlebih sangat belum mampu lagi... :)

Bajet raya laki + bini = RM100 + RM100 = RM200

RM200 x 12 bulan = RM2400.


Biasanya, normally, duit yang kat atas ni akan dibahagiakan kepada beberapa portion;

1. Mak pak kami

2. Adik beradik (yang belum kawen je. Save sikit. hahaha)

4. Anak buah

5. Budak-budak datang umah ( hat yang Assalammualaikummmmm... Acik nak raya :))

6. Kuih raya ( Umah kami cket, umah mak pak sikit. Buat-buat topup kuih depa)

7. Baju raya kami laki bini

8. Duit transport (Duit minyak, touch n go, cuci keta sebelum raya, servis)

 
Yang banyaknye memang kami simpan dalam angpau je. Duit tu, walaupun sikit, korang letak dalam sampul raya, orang yang dapat tu happy tau. Memang tetiap kali raya, Mrs. Yan gigih ni nak kumpul sampul raya, sebab amount kat dalam tu lain-lain. wahahaha... Walaupun korang bagi duit kat mak pak korang tetiap bulan, tapi bila korang bagi duit dalam sampul raya tu, feel dia lain. Amount kat dalam tu ikutlah pada kemampuan masing-masing, yang penting ikhlas. Korang bagi lak duit raya kat bebudak, depa rasa happy giler kan. Hopefully ada keberkatan kat situ...

Lagi apa ekkk... Kalo ada rezeki lebih lak nak buat open house ke kan... Meriah sikit umah. So, Mrs. Yan takyah la detail kan berapa bajet untuk duit raya, berapa bajet kuih raya, baju, dll. Korang pepandailah arrange sendiri bajet korang ok. Yang penting bersesuailah dengan kehidupan kita. Jangan nak show off sangat. Raya kita 2 hari je... :p

-Thanks for reading-