26 August 2013

Oh My Kampung, Oh My!!!

Assalammualaikum...

Sebelum ni Mrs. Yan da letak Gambar Raya siap ada Part I ngan Part II lagi kan. Jadinya kali ni entry pasal kampung Mrs. Yan kat Tanjung Karang. Umah parent ma Mrs. Yan la kiranya nieh... Umah ni dah 2 kali jadi terjahan member-member Mr. Aid tok buat short film derang. So dah alang-alang, meh Mrs. Yan tempek gambar kampung ni ye... Gambar ni pun amik masa raya baru-baru ni la... Sape kata balik kampung boring...? Ni nak tunjuk apa kita boleh buat kat kampung... :)

 Ni umah atok & nenek Mrs. Yan. Yang warna hijau kat tepi tangga tuh salah satu port pegaga tumbuh okkaip... :)

 Atok & nenek Mrs. Yan yang Alhamdulillah sihat lagi :)

 Ni Lobo, peneman atok & nenek. Ada sekor lagi. Habok nama dia. Tapi takde lak. Kalo korang bosan-bosan boleh men ngan Lobo ni sebab perangai dah mengalahkan kucing hutan. Dia ni pantang dengar ayam berkokok. Siap lah... 1 kampung dia kejar ayam tuh. Ntah apa yang sakit ati sangat pun taktau.

 Kalo bosan lagi boleh panjat pokok kelapa. Takpun tenung ayam yang tengah mengeram. Ni belum lagi part jadi petani moden. Semua sayur kalo boleh nak bawak balik bandar... Hahahaha...

 Kita gak boleh wat exercise sambil pakai seluar tido dan buat memek muka yang kita rasa chumell kat sini...

 Boleh makan maruku kat tangga. Punyalah seksa nak amik gamba si Adam ni... Budak yang sangat mengaplikasikan penggunaan bahasa baku dalam percakapannya... Hohohoho...

  Boleh sergah ayam... Tapi budak kecik si Chacha ni terbalik lak sebab dia sergah kita... Nampak tak pokok keladi berbaris kat belakang tuh.. Auchhh sedapnya...

Si Qayyum dengan mainan dia

 Korang boleh buat muka chumell macam Chacha

 Yang tetibe wat muka kerek

 At last tersenyum :)

 Nak posing gaya macam mana pun boleh... Hohohoho...
 
Tahun ni gak ada aktiviti tambahan. Baling mercun masa orang tengah mandi ngan buang air sebab toilet kat luar rumah... Tak senonoh betul. Disebabkan kualiti video yang terlalu teruk, ececehhh, so takde la tempek kat sini. Selamat ko abang long. Tu jelah kot. Tapi ni belum lagi tetibe wat keje giler bergambar kat sawah orang. Sonok kan balik kampung... :)
 
-Thanks for reading-


20 August 2013

Gambar Raya Part II

Assalammualaikum...

 

Seperti yang dijanjikan, hari ni Mrs. Yan nak post Gambar Raya Part II. Kalo sebelum ni Mrs. Yan dah buat Part I, hari ni sambung la pulak ye... Entry ni pun gambar je. Takde banyak typing ok... :) Jom check it out!!!

 Seronok 3 beradik nieh nak pakai kasut baru :)



 Antara posing tido yang korang boleh tiru




 Like father, like daughter

 Teknologi di mana-mana





 Gambar kiri: Bila ayah lagi rendah dari anak yang baru tingkatan 1, macam adik abang la jadinya...

  
Tu jela randomly gambar masa raya yang sempat diambil. Tahun ni secara tak sengaja sebanyakan orang amik warna purple ea... Tahun depan warna apa la pulakkan... Klakar lak tengok muka korang yang bervariasi nieh... Ok lah, kalo nak gambar raya lagi kena tunggu tahun depan la ye...

-Thanks for reading- 

19 August 2013

Gambar Raya Part I

Assalammualaikum...


Selamat berhari raya lagi untuk korang semua... Hari ni macam nak letak la sebahagian gambar raya hari tuh... Dah berkepam dah dalam pc ni hah... So, takde ayat panjang berjela la sebab gambar yang Part I ni pun agak panjang... Tok hari ni kita post gambar family je dulu ye sedare-sedare. Sebelum beraya umah Mr. Aid, ktorang bergambar dulu dengan family Mrs. Yan. Lepas tuh, family Mrs. Yan balik kampung, baru lah ktorang ke umah family Mr. Aid. Tapi raya kali ni derang nak jumpa sedara-mara semua kat umah Busu.


   Family Mrs. Yan. Berapa kerat je kan...

Family Mr. Aid.. Cer kira berapa ganda dari family Mrs. Yan... Hohohoho...

Family Mr. Aid dengan sedare-sedare

Family makcik
 

Family kak long
 
Family kak ngah & kak lang
 
Family Abang Ery

 Abang Mamat, Abang Daus, Amin, Tipah, Kak Shidah
 
Bala tentera - Anak buah
Hohohoho...

Tu jela gambar family untuk hari raya pertama. Nak gambar raya yang lain kena tunggu Gambar Raya Part II la pulak ye... Abad bila nak update tuh Wallahua'lam...
 
-Thanks for reading-


14 August 2013

Salam Lebaran 2013

Assalammualaikum...

Berkurun baru nak letak entry Selamat Hari Raya nieh kan... Fuhh... Fuhh... Omaghaih... Bersawang blog ni dibueknyo... Last update 20.7.2013... Kira lah berapa lama tak jenguk... Sorry again lah SnappySmothie. Raya kan... Tetiba macam tersebok la pulak. Lemang ketupat umah korang ada lagi ke tak... Mana la tau kalo tetibe ktorang nak terjah kan... :)

Oklah, dikesempatan yang takut tak sempat ni, Mrs. Yan & Mr. Aid bagi pihak seluruh ahli keluarga kami, ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa, menyinggung rasa, terlepas cakap, tersalah faham, segala ter yang tak disengajakan, termasuklah termengumpat... Hohohoho... Halalkan apa yang terlebih dan yang terkurang... 

Sape yang da lama kenal Mrs. Yan, faham lah kot macam mana Mrs. Yan ni. Memang suka 'sound' orang. Tapi jauh kat sudut hati, tak pernah terdetik dendam pun sebenarnya. Memang orang yang betul-betul paham Mrs. Yan je yang sudi mengekalkan hubungan silaturrahim. Sound sebab sayang... Jujur sebab sayang. Sape yang penah kena sound tuh kira orang yang beruntung la tuh... Wahhh... Gitu.... Tak caya sudah... Hahahahaha.... :)

Untuk korang, kami maafkan segala yang tak disengajakan dari korang gak... Tapi, korang mana ada buat salah ngan ktorang pun kan...  Siyes ni, mana ada tipu...

Jauh disudut hati, nak tautkan balik mana-mana hubungan yang baru keruh, atau dah lama keruh... Lebih-lebih lagi hubungan saudara... Tapi, tulah... Biarlah masa yang tentukan semua... Terlalu banyak memendam rasa pun boleh buat bertegang urat yang akhirnya semua salah mesti akan nampak pada orang yang suka 'sound' orang nieh... Macam Mrs. Yan. Jadi, start sekarang ni, biarlah kita terus jadi orang yang memendam rasa kalo dengan cara berpura-pura tuh boleh kekalkan hubungan yang sebenarnya tak pernah jernih.

Apahal lak macam lari topik je ni... Nasib bek Cikgu Rozali takde, kalo tak, mesti pembaris kuning dah cium tangan sebab karangan lari tajuk. Rekod tau masa sekolah dulu cikgu ni paling banyak patahkan pembaris kuning yang panjang tuh. Budak zaman dulu takpe, kena pukul ngan cikgu pun takut nak report kat mak bapak sebab takut kena lagi teruk... Budak sekarang ni je yang lebey-lebey... Aikkk... Lari tajuk lagi... Hohohoho...

Oklah korang, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin... Makan ingat kat cek ea... 

Gambar ni masa Ramadhan terakhir 2013. Sayu je hati tengok...

Semoga ada lagi Ramadhan untuk kita semua tahun depan... Ikhlas dari kami, Mrs. Yan & Mr. Aid.

-Thanks for reading-