14 October 2013

Kompleks Selera Sukom

06-1 : Nasi Campur & Tomyam Kak Su

Assalammualaikum...
Entry kali ni Mrs. Yan nak share pasal tempat lunch. Ni ofismate Mrs. Yan, Nora yang suggest. Sebelum ni kitorang kalo nak makan ikan bakar je gi Fendi Ikan Bakar. Tapi kali ni kitorang tukar angin lak. Mulanya Mrs. Yan bawak Nora g melawat sedara kat Hospital Selayang. Balik tuh rasa macam lapar sebab tak breakfast lagi. Jadinya, bermula lah terjahan ke Kompleks Selera SUKOM nieh...
 
Gambar pun Mrs. Yan amik tak banyak. Gambar depan kompleks pun tak amik tapi nak gak share kat sini...
 






Ok, menu lunch kitorang:
- Ikan keli 2 ekor
- Kerang setengah mangkuk
- Nasi 2 pinggan
- Ulam - ada pucuk ubi rebus, bendi rebus, daun salad
- Kerabu

Total harga makanan kitorang = RM12.50.
Murahkan... Tapi ni tak termasuk harga air. Makanan dia, ya ampun... berdepa-depa panjangnya... Kalo tengok gambar kat atas tuh boleh rambang mata la kan tak tau nak pilih apa. Mrs. Yan geram tengok sotong sambal dia besar-besar. Ada lak jantung rebus... Huishhh... Heaven betul... Tapi macam mana nak makan semua kan... Hohohoho...  

 Mangsa makan dikenalpasti... Owh, no camera please... Mrs. Nora...
 
Ok, kalo korang nak g,  korang boleh dari LDP yang sebelah Western Digital tuh, amik 'U-turn', pastuh nanti korang nampak kedai perabot, pas tuh depan dia ada Petronas, depan sikit, masuk simpang ke kiri. Nanti kat sebelah kiri korang nampak Giant kecik, belah kanan korang nampak kuil besar. Ok, pandang balik belah kiri, nanti korang nampak bangunan lama warna biru. Haaaa... masuk kat bangunan tuh ok. Parking tak banyak. Bangunan tuh sebelah shop lot baru. Korang masuk je kat Kompleks Selera SUKOM tuh, g gerai yang hujung sekali...
 
Harap-harap korang paham la direction yang Mrs. Yan bagi ni okkaip... Masa gi sini, first time Mrs. Yan rasa Air Laici Susu... Sedapppp... So, selamat mencuba la ok... :)
 
-Thanks for reading-
 
 


0 comments:

Post a Comment