09 July 2013

Damai Homestay, Kuala Kangsar

Assalammualaikum...
 
Sambungan dari cerita singah-menyinggah kat R&R hari tuh, lepas je dari R&R Tapah, kami terus ke Kuala Kangsar. Sebulan sebelum bertolak, Mrs. Yan dah sebok memikir kat mana nak tido nanti. Kami semua ada 6 orang. Kalo nak amik hotel, harga 1 bilik pun mesti dalam RM90-RM100 lebih macam tuh. At least mesti nak 2-3 bilik. Dari Mrs. Yan bazirkan duit untuk tido kat hotel, baik Mrs. Yan try tengok homestay. 

Kalo dah jodoh tuh kan, mesti jumpa jugak. Mrs. Yan jumpa Damai Homestay nieh. Kami berjumpa masa nak check-in ni jer. Sebelum ni, semua soalan, bayaran pendahuluan, kami just contact melalui telefon ngan mesej. Nama owner Damai Homestay ni Kak Noremah. Sangat baik. Layan jer apa yang Mrs. Yan tanya. Lepas tuh pulak, rumah ni dekat dengan Dewan Jubli Perak, tempat Dayah amik sijil nanti. Untuk booking, Kak Noremah mintak RM50 je duit pendahuluan. Baki nanti kita bayar masa check in.

Dari R&R Tapah, Mrs. Yan da mesej Kak Noremah ni. Takut la kalo dia tertunggu-tunggukan. Lepas tuh, dapat mesej akak bagi direction untuk ke homestay. 'Ok, keluar Tol Kuala Kangsar (exit 143), jumpa traffic light pertama, ambil kanan. Lepas tu jumpa traffic light ke 2,3, 4 dan 5 semua terus je. Sampai traffic light ke 6 ambil kanan. Jumpa bulatan, ambil tegak, lebih kurang 1km ada sekolah dan petronas, depan sikit sebelah kanan ada Taman Damai'. Signboard yang ke-6 tuh nanti, kita akan jumpa Dewan Jubli Perak belah kiri kita. Tak susah nak cari. Tapi kalo sampai malam tuh payah sikit la sebab lorong masuk ke Taman Damai ni gelap, jadi tak nampak signboard.

Banyak sebenarnya homestay kat KK ni. Tapi Damai Homestay ni buat Mrs. Yan suka sebab kemudahan katil yang disediakan. Ok, sekarang Mrs. Yan nak bagi tau detail pasal Damai Homestay nieh;

- Sewa RM180-RM200 untuk 1 malam. (Mrs. Yan kena RM190. Weekend kot)
- Owner: Puan Noremah Rashid (012-5614627)
- Alamat rumah: 18, Taman Damai 4, Kuala Kangsar, Perak (direction macam yang Mrs. Yan tulis kat atas tuh)

Kemudahan:
Rumah ni jenis teres 2 tingkat. Ada 4 bilik;

3 bilik tingkat atas:
- Bilik tidur utama (Master bedroom) : 1 katil queen, toilet siap ada bathtub, almari, kipas ngan aircond

- Bilik 2 : 1 katil queen, 1 katil single, almari, kipas, aircond, toilet yang bersambung dengan bilik 3.

- Bilik 3 : 2 katil single, almari, kipas, toilet yang bersambung dengan bilik 2.

1 bilik tingkat bawah :
- Bilik 4 : 1 katil queen, ada toilet, almari ngan kipas

Selain tuh, homestay ni ada 2 ruang tamu, ada 1 ruang makan. Kat sini jugak ada meja makan untuk 6 orang, dan last skali ada ruang dapur untuk memasak. Peti ais, seterika, tv pun ada kat sini. 

Sampai je kat umah ni, tengok pintu rumah dah terbukak. Kak Noremah dah sampai awal rupanya. Tengok-tengok apa yang patut. Mesra tau orangnye. First time masuk rumah, Mrs. Yan tanya berapa ribu beli rumah. Kepochi tak... Rumah besar... Seronoknya kalo dapat tinggal kat rumah macam tuh... Rupanya, ramai yang menginap kat situ pun tanya soalan yang sama. Hohohoho... Naseb baik kami booking awal sebabnya pagi tuh pun ada orang tanya samada still kosong ataupun dah penuh.

Disebabkan seronok sangat tengok rumah, kami tak amik gambar pun... Gambar-gambar kat bawah ni nanti ihsan dari KNizam Artwerk. Tapi ni gambar lama sebab ada sikit ubahsuai perabot kat dalam ni.
 
 Pintu masuk, dan pelan ke Damai Homestay
 
 Belah kiri ruang tamu utama yang sekarang. Belah kanan ni ruang tamu kedua. Pintu masuk kat ruang tamu ni. 
 
 Belah kiri ni ruang makan yang menghubungkan dapur untuk masak, yang belah kanan ni ruang rehat tingkat atas.
 
 Belah kiri master bedroom, belah kanan ni bilik ke 2 kalo tak silap. bilik ke 2 ni dah tambah dengan 1 lagi katil single.
 
Ni bilik ke 3 ngan ke 4.
 
Pendapat Mrs. Yan pasal Damai Homestay nieh, mestilah rasa berbaloi. Kalo 15 orang duduk pun ok. Tapi kena jaga la kebersihan sebab rumah memang bersih. Alhamdulillah tak rasa seram ke apa sepanjang duduk kat sini. InsyaAllah kalo ke KK lg, rumah ni lah tempat kami tuju untuk bermalam. 
 
Untuk Kak Noremah, terima kasih la bebanyak sebab bagi rumah yang selesa untuk kami. Terlebih terkurang tuh mintak halal la ea.... Mane la tau kan rumah ada bersepah ke apa. Maklum lah terkejar-kejar nak balik... Hukhukhuk...
 
-Thanks for reading-


3 comments:

noremah abd rashid said...

Assalamualaikum...admin...kak imah banyak2 terima kasih. ..semoga allah murahkan rezeki admin dan di dalam Rahmat Allah. .Aaminn ya Robbal a'lamin. .
0134304627. ..kak imah Damai Homestay Kuala kangsar.

Yan|Aid said...
This comment has been removed by the author.
Yan|Aid said...

wa'alaikumsalam kak imah... hopefully dapat duduk lg umah k. imah. Teima kasih atas doa, semoga murah rezeki, dipermudahkan urusan akak dan sentiasa dirahmati. amin :)

Post a Comment