31 May 2013

Shahrizan dan Fariza Solemnization

Assalammualaikum...

 

Dok sebok-sebok post pasal MV, tetibe Mrs. Yan teringat Mr. Aid penah buat video nikah guna lagu yang Mrs. Yan suka... Nota cinta dari Dato' Siti Nurhaliza... 



-Thanks for reading-



30 May 2013

TRI YO - SANGGAR OFFICIAL MV

Assalammualaikum...


Hai korang... Baru-baru ni dengarnya MV tok kumpulan Tri YO dah dimainkan kat tv. Tapi tak sempat nak tengok lagi... Salah satu keje Mr. Aid ble free, amik video. Tengok pada kelapangan gak la. Kalo dulu rajin gak dia nak mengedit semua bagai. Tapi sekarang ni nak amik gamba je pulak katenyer... Hohohoho... Mcam-macam... Untuk lagu Sanggar ni Mr. Aid amik video je. Tang edit-mengedit semua si Fahizuan ni la yang buat. Fahizuan from ikhwanteamfreelance.

Tri Yo ni gabungan suara dari 3 anak muda... Ececeh... Derang ni sebenarnye bergerak sendiri sebelum bergabung menjadi Tri Yo. Kalo nak tau lagi lanjut sape Tri Yo ni boleh klik kat sini




Lyrics: Sanggar - Tri Yo

Mari berbicara tentang kecantikan
Soal-soal dalaman ataupun luaran
Zahir nampak indah, rupanya merekah
Kita jadi gundah takut pilih salah
Tapi cinta itu perlu tuk mengisi kekosongan hidupku
Moga-moga nanti kan ku temu
Pilihan terbaik, dia yang telah ditentukan untukku

Hebat benarkah senyuman itu menawan
Atau diriku yang mudah untuk tertawan
Sememang kau perkasa gaya seorang penggoda
Ku tak mahu ternoda

Aura tarikan membuat semua lupa
Pesona mata itu godaan dunia
Yang indah sebenarnya
Tak terlihat di mata
Sinarnya bercahaya

*Buru usah terburu
Lemah menurut nafsu
Usah tertipu
Pada kecantikan yang palsu
Kelakkan meracuni kehidupanmu
Teruslah cari mencari
Cantik cantik yang asli
Bersanggar indah kesucian cinta hakiki
kemanisan kekal melekat tidak terbandingkan

Lihat lihat,lihatlah ke dalam diri
Lihatlah terus ke hati sanubari
Cari-cari,cari cinta hakiki
Damai itu memang sukar dicari
Terkadang dilindung,zahirnya dibendung
Makrifat terkandung,jangan berhenti, apa pun terjadi,
Terus cari mencari, ia ada di sini, Tersembunyi


Ulang *

-Thanks for reading- 

29 May 2013

Dwihati - Yuna ft. Aizat

Sooo chumelll

 

Assalammualaikum...
Terjatuh chenta ngan video derang ni....Jom layan... 

 
Lyrics: Dwihati - Aizat Amdan feat. Yuna

Aizat:
Diri mu bagai kan
Sebuah lukisan
Penuh warna penuh seni
Tak layak ku miliki


Yuna:
Jangan kau berpura
Engkau juga sama
Membuat aku rasa tenang
Hati ku kau miliki

Yuna & aizat:
Dengar kan gurindam
Inilah lagu cinta ku pada mu
Andai nya ku hilang
Biarlah lagu ku jadi teman mu

Diantara kita (diantara kita)
Suka sama suka (suka sama suka)
Aku pasti kau punya hati
Ingin bersama jua
Tidak semestinya
Sebuah cerita cinta (cerita cinta)
Kan berakhir sesempurna
Seperti kita impikan

Dengar kan gurindam
Inilah lagu cinta ku pada mu
Andai nya ku hilang
Biarlah lagu ku jadi teman mu

Lananana~~~~~

Pissttt... Mr. Aid berangan lagi nak ktorang buat video ni together2. Tapi masuk ni dah 150 juta kali Mr. Aid cakap nak buat video sesama... Rangka video pun tak nampak, ape cer... Hahahahaha....



-Thanks for reading- 

23 Mei 2013

27 Tahun sudahhh

 

Assalammualaikum...
Pejam celik, pejam celik, jantung Mrs. Yan dah berdegup sebanyak 985,500,000 kali (100 000 kali sehari) dan anggaran 167,535,000 kali Mrs. Yan dah mengerdipkan mata. Syukur Alhamdulillah... Doakan semoga Mrs. Yan sentiasa berada di jalan-Nya.

Terima kasih atas ucapan selamat dari kamoo-kamoo semua. Ucapan selamat hari jadi, semoga panjang umo, dimurahkan rezeki, walaupun ucapan yang biasa, tapi tulah doa dari orang-orang yang menghargai kita.

Kepada kamoo-kamoo jugak, Mrs. Yan ucapkan semoga panjang umo, murah rezeki, dipermudahkan urusan, dan diberkati Allah dunia dan akhirat. Aamiiin...

Kek birthday? Mestilah ade... Huhuhuhuhu.... :)



Coklat Indulgence

  Cer teka... Ni panna cotta nama dia... Thanks zani

  Uittt... Ade hadiah la... Maceh Kak Nas chumelll

-Thanks for reading-
 


16 May 2013

Pau Ibu, Kuala Kangsar

Assalammualaikum...

Lepas kenyang makan kat Mak Teh Mee Banjir Udang, kami pun meneruskan perjalanan tok cari pau femes yang derang sebut-sebut kat Kuala Kangsar. Sanggup ko... Hukhukhuk... Tapi bila dah sampai sana, derang kata kedai tuh Cina punya. Lepas tuh kebetulan ada lak orang Melayu gak jual pau. Dari langsung tak dapat, Mrs. Yan pun belilah kat mamat nieh... Hahahaha... Sedap tau pau dia. Maybe tepung dia tak berapa nak sama la dengan pau cina kalo kita makan time sejuk, tapi inti dia, sampai sekarang Mrs. Yan boley ingat macam mana rasa inti kelapa tuh. Dengan warna dia gelap (memang pakai gula kabung/gula melaka ni... Muka konfiden) kelapa die lemak, sedap sangat lah. Pau daging dia pun sedap.

Berdepan dengan Sungai Perak

 Kalo dah alang-alang datang sini, jangan lupa beli labu sayong ea

Ni la dia Pau Ibu... Sporting tau mamat ni... Sedaplah pau dia... Terkenang-kenang...

So, ni jela rentetan dari hari kami g berkursus kat Penang hari tuh. Seronoknya dapat makan macam-macam... Dari sesat barat nak cari mee udang Penang, sampai ke mee udang Kuala Sepetang, and lastly kami makan pau kat Kuala Kangsar tok minum petang lak... Memang best la kan... Huh lapa... :)

Sekian...

-Thanks for reading-

Sepetang di Kuala Sepetang

Mak Teh Mee Banjir Udang


Assalammualaikum...
Kalo sebelum ni penah ada entry pasal Mee udang Medan Selera Sri Tambang, kali ni Mrs. Yan nak cerita pasal Mee Udang Mak Teh, Kuala Sepetang, Perak. Taktau nak bezakan macam mana rasa antara 2 kedai nieh. Sebab sedap je kot rasa dia... Pastuh dengan udang dia banyak lagi, so, kira sedap la tuh.... Hohohoho...


Mee / Kuey Teow Banjir Udang ni RM10 kalo tak silap

 Kais-kais cari udang... :)

Pakcik belah kanan tuh siap bungkus nak bagi wife dia rasa tau... So sweet :)

Kalo ada sesapa nak g, ni alamat dia :

Warung Mak Teh Mee Banjir Udang,
Batu 19 1/2, 
Kampung Tebok,
Jalan Kuala Sepetang,
34750 Matang,
Perak.
(Mrs. Yan rasa masuk tol Taiping kot kalo tak silap)

Ada yang kata, ada lagi 1 kedai ni, nama die Salleh Stall, Mee Udang Port Weld. Tapi derang kata bas takleh masuk, jalan dia kecik. So ktorg pun tak g. Next time maybe boley g skali lagi... :)

-Thanks for reading-

Shop To BeneFIT

Assalammualaikum...


Masa g Penang hari tuh, lepas g memborong jeruk kat Kedai Jeruk Pak Ali, Mrs. Yan jejalan kejap n jumpa 1 kedai baju ni. Unik... Hehehehe... Takde pun bli baju sebab kedai ni jual baju lelaki je. Boleh tahan la murah dia. Nanti korang tengok gambar kat bawah ni, sebab apa Mrs. Yan kata kedai ni unik... :)

 Luar kawasan kedai

 Shop To BeneFIT - Nampak tak apa yang unik ?

 Tetibe ada Khedai Khopi punya signboard

 Sekarang nampak tak dia punya keunikan :)

Lastly, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang

-Thanks for reading-

14 May 2013

Melayu Itu


Assalammualaikum...

Pagi yang sentiasa indah walaupun tengah musim panas sekarang nieh... Mrs. Yan terjumpa satu puisi karya Sasterawan terkenal, Tongkat Warrant atau Dato' Usman Awang.

Dengan isu-isu hangat yang ada sekarang ni, Mrs. Yan cuma harap kita sesama Melayu boleh bersatu je. Takut rasanya dengan perhimpunan segala bagai yang terjadi kebelakangan ni.

Speechless...

Bagi Mrs. Yan, Mrs. Yan cuma nak hidup dalam keadaan aman damai. Takut rasanya nak bayangkan kalo kita terpaksa hidup macam moyang-moyang kita dulu... Isu Lahad Datu pun dah cukup menakutkan rasanya...
Apa-apa pun, bacalah dengan mata hati.
MELAYU ITU
Karya: Usman Awang
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun.
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah,
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat, Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani,
semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual.
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing.
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut.
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”.
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.




-Thanks for reading-

13 May 2013

Kehangatan PRU ke-13


Assalammualaikum...

Hari ni dah seminggu PRU-13 selesai. Sampai ke hari ni, masih lagi hangat orang mempertikaikan pasal pengiraan undi dan sebagainya. Tahun ni Mrs. Yan antara yang bertuah sebab dapat jadi kerani pengundian/mengira undi. Ada sebab kenapa Mrs. Yan tergerak nak menambah pengalaman ni. Niat Mrs. Yan sebab nak tengok sejauh mana kebenaran mengenai 'penipuan' yang telah dilakukan oleh pihak dan wakil SPR dalam pengiraan undi macam yang dicanang-canang orang sebelum ni. Betul ke ekkk? Tak salah serkap jarang, tapi tuduhan mestilah berasas.

5 Mei 2013, Ahad, hari semua rakyat Malaysia keluar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Tak kira parti mana yang kita sokong, siapa kita, apa bangsa dan agama kita, kita keluar pada hari yang sama untuk memilih pemimpin. Hari yang sebenarnya apa-apa pun boleh berlaku. Kalo zaman dulu, derang siap beli barang keperluan rumah tau sebelum hari mengundi. Langkah berjaga-jaga katenyer... Sebelum kita ke hari mengundi, kita flashback dulu sehari sebelum mengundi, 4 Mei 2013.

4 Mei 2013, Mrs. Yan ngan ahli kumpulan lain berkumpul kat Pusat Pengiraan Undi Berkelompok. Kat sini kami semua berkumpul untuk kira samada cukup atau tidak semua kelengkapan yang kami akan bawak esoknya. Setiap helai borang kami akan semak samada cukup atau tidak. Alatulis ada ke tidak. peti undi, sampul-sampul, sticker untuk peti undi segalalah kami akan pastikan semuanya cukup. Kat dewan ni banyak pintu tau. Kalo tak silap ada dalam 5 ke 6 pintu termasuk pintu utama. Mrs. Yan lupa. Proses akhir sekali sebelum kami diperkenalkan kepada polis pengiring, kami diberi buku kertas mengundi yang akan digunakan semasa mengundi. Sebelum tuh, semua pintu selain pintu utama dah ditutup dan kami dilarang keluar sebabnya kertas undi dah diedarkan. Polis ramai tau kalo ada yang berniat nak lari... Hohohohoho... Kami akan cek setiap no siri samada betul atau tak. Jangan salah anggap ea. No siri ni bukan tujuan nak detect kita ni mengundi apa. Siapa yang pergi mengundi mesti tau no siri tuh takde kena-mengena pun dengan no siri yang tertera kat nama korang. Yang no siri yang korang dapat tuh tujuannya untuk senang kerani menyemak nama pengundi. No siri yang dekat kertas undi pulak tujuannya untuk rujukan kami selepas mengundi untuk kira berapa ramai yang dah mengundi. Tepat atau tidak jumlah yang ada dengan agen-agen parti yang terlibat. Jadi, tolong jangan ragu dengan isu no siri. Memang dah terbukti takde kena-mengena langsung. Lepas cek kertas undi tuh dalam keadaan sihat (takde rosak dari segi nama calon, no siri dll) kami pergi lak ke tempat mengundi masing-masing menggunakan pintu utama dewan untuk kemas meja mengikut susunan yang dah ditetapkan. Bukan men susun ikut deco-deco Eric tau dan jangan ingat meja tuh dah tersusun. Kami sebagai KTM & KPU/KMU yang menyusunnya. Hohohohoho.... Selesai 1 hari tugas kami. Untuk pengetahuan, masa kami cek barang-barang tuh, kami tak disertakan dengan dakwat kekal tau. Kami pun tak tau macam mana bentuk dakwat tuh. Pihak SPR yang akan masukkan sendiri dalam setiap peti undi kami yg kat pusat pengiraan undi. Ini untuk langkah-langkah keselamatan jugak.

5 Mei 2013, Ahad. Bangun pagi wehhh... Pukul 4 pagi. Dah mengalahkan orang nak toreh getah Mrs. Yan rasa. Pukul 6 sampai kat pusat pengiraan undi berkelompok tuh untuk amik semua peralatan dan diiringi oleh polis. Bayangkan, kertas undi yang takde tanda pape tuh lagi, polis dah ikut kita. Punya la nak menjaga kesucian kertas undi tuh. Untuk pengetahuan, kertas undi, sampul-sampul, borang-borang dan dakwat kekal, pihak SPR letak dalam salah satu peti undi kita, derang ikat dengan benang, hujung telinga peti undi derang matikan dengan 'mouse tail' tau. Polis akan ikut masuk dalam kereta Ketua Tempat Mengundi (KTM) yang mana semua kelengkapan untuk mengundi termasuk peti undi tadi ada dengan KTM. Ingat senang ke huh...

Satu je yang akan rasa masa proses ni berjalan. Setiap pihak ada perasaan tidak percaya pada pihak lain. Pihak SPR, petugas-petugas, polis, agen setiap parti, kami semua tak percaya antara satu sama lain sebabnya kami jugak akan tanggung semua risiko kalo terjadi apa-apa. Lagipun kami bukannya kenal sesama sendiri. Contohnya, pihak SPR tak boleh tetibe nak percaya kami sebagai petugas ni. Sebab tuh dakwat kekal tu pun, pihak SPR sendiri yang akan masukkan.

 Ni lah tempat semua peti-peti undi dan kelengkapan mengundi dikumpulkan. Semua preparation sebelum hari mengundi, dan semua keputusan undian ditempatkan kat sini. Tapi ni kawasan punya je tau. Bukan 1 Malaysia berkumpul kat sini.

 Kami kena cek semua kelengkapan cukup atau tak. Gambar sebelah kanan, adik manis tengah tengok booklet ketas mengundi tuh ada cacat cela ke tak.

 Ramai kan yang terlibat. Hari ni jugak kami dikenalkan dengan polis pengiring...

 Tuh dia Mrs. Yan punya kad... Hohohohoho... Korang perasan tak perbezaan 2 peti  yang kat belah kanan tuh. Meh Mrs. Yan explain sikit. Peti yang kosong tuh kalo diperhatikan, memang takde pape kat dalam dia (opkos lah.hahaha...) dan tak diikat dengan 'mouse tail' dan tali putih kat telinga peti undi tuh (peti undi pun ade telinga okkaip). Yang lagi satu tuh la ada korang punya kertas mengundi yang kosong, sampul-sampul, borang-borang, dan dakwat kekal kat dalam dia dan kalo korang perhatikan telinga peti undi nieh dah diikat dengan 'mouse tail' dan tali putih. Semua tuh kakitangan SPR yang buat. Kami cuma bawak peti yang dah siap diikat je.

Panjang berjela kan. Taktau la korang paham ke tak. Mrs. Yan cuma terangkan apa yang Mrs. Yan tau je. Jangan la main serkap jarang je kata PRU-13 tak telus segala bagai. Mrs. Yan bukan staf SPR tapi wakil yang diamanahkan untuk memastikan PRU berjalan lancar.

Satu lagi isu yang derang selalu pertikaikan adalah status kertas undi. Bagi orang awam, Waktu mengundi adalah 8pagi - 5petang. Selepas pukul 5 petang, peti-peti undi akan dibawa ke pusat pengiraan undi berkelompok. Hohohoho... Senangnya keja kami ea... Salah tuh ye kawan-kawan. Selepas pukul 5 petang tuh, kami bertungkus lumus membuat prosedur pengiraan kertas undi di depan agen-agen parti yang bertanding. Selagi derang tak puas ati, selagi tuh la kami dalam saluran memasing. tu yang boleh jadi keputusan lambat diumumkan. Semua keputusan sebenarnya dah tau masa dalam saluran lagi. Borang 13 dan Borang 14 pun dah diisi dan agen parti dah sign pun. Maksudnya kesemua agen parti dah sebulat suara dengan keputusan yang ada. Bukannye kami kena bawak kertas undi tuh ke pusat, kemudian baru dikira. Silap sangat tuh... kekekeke... 

Kalo korang nak detail, korang bukak la page ni. Takpun, lagi 5tahun, korang cuba lah macam mana rasanya jadi KTM @ KPU/KMU. Bukan susah pun. Tak stress lah. Apelah sangat kalo takat tak tido dekat 24jam, pastuh orang awam yang lain maki kata korang menipu kan. Kalo korang kata SPR menipu, korang silap. Kalo SPR menipu, maksudnya agen-agen parti yang dilantik sendiri oleh parti-parti yang bertanding pun menipu jugaklah. Sebab sepanjang proses pengundian, derang dengan taatnya duduk dengan kami semua.

Semoga rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, jangan terlalu taksub dengar cerita yang bukan-bukan. Kawan Mrs. Yan dapat 1 pengalaman tau masa PRU-13 ni. Derang berdepan dengan penyokong-penyokong tegar yang suruh derang kira semua kertas undi depan penyokong tuh. Jangan la sampai macam tuh. Ada yang cerita gebang macam tuh macam ni, itu tak betul, ini tak betul, tapi rupanya tak pernah pun bertugas masa hari pengundian. Bila dicabar masa PRU akan datang, jadi petugas dan cuba larikan peti undi, tersengih macam kerang busuk pulak... Tak gentle la sengih-sengih brader. Len kali bila kena cabar, cakap lah, ok, next PRU aku jadi petugas, aku try bawak lari peti undi. Baru ade syiokkk... :)

Ingat tau korang, jangan taksub sangat... Mrs. Yan takde la nak sokong mana-mana parti secara berlebih-lebihan. Apa yang Mrs. Yan kongsi ni pengalaman Mrs. Yan sendiri sepanjang PRU-13 berlangsung. Bak kata Ehsan, esok boleh cerita kat cucu, dulu nenek penah bertugas masa PRU. Wahahahaha gitu... (Baru 1st time jupe Ehsan tapi sonok berborak dengan dia). Entry ni pun boleh bagi cucu baca sebab masa tuh nenek pun dah tak berapa nak ingat cerita masa PRU-13. Kekekekeke...


-Thanks for reading-

03 May 2013

Speechless

Assalammualaikum...


Pagi Jumaat yang mendung...

Keadaan kesihatan yang tak mengizinkan...

Kehangatan PRU 13 Ahad ni...

Bercadang-cadang tok renovate sket blog ni...

Gambar banyak tak di edit...

Kali ni takde gambar. Doa Mrs. Yan semoga semuanya baik-baik dan berjalan lancar...

Amin...

-Thanks for reading-