31 October 2013

Berdoa Sewaktu Hujan

31 Oktober 2013

Assalammualaikum...

Hari ni hujan lagi...
Lebat sangat... Guruh berdentum...


Sumber Mr. Google
 
Memang musim hujan...
Tetibe Puan Mrs. Yan panggil nama Mrs. Yan. Disebabkan Mrs. Yan punya meja depan bilik dia je, Mrs. Yan pun menyahut tanpa menjarakkan punggung dari kerusi... Dia cakap...

Yan, orang kata doa masa hujan ni salah satu waktu doa yang mustajab tau... Hujan tuh kan rahmat...

Lepas je sesi berbalas dialog, Mrs. Yan berpikir, betul gak tuh sebab hujan tuh pun kan rahmat... Mrs. Yan pun berdoa... Dan berharap ada yang Mrs. Yan doa tuh dimakbulkan... Aaamiin...

Doa ketika hujan.
Sumber Mr. Google
 
Papepun, sahih ke tidak statement yang Puan Mrs. Yan bagitau ni, kita kena tau segala kejadian Allah ni kan ada Rahmat-Nya. Semoga hujan dan info ini bermanfaat untuk kita... Bukan taknak goole tapi Mrs. Yan takut banyak hadis palsu. Tapi sape yang tau pasal ni boleh la helo-helo okkaip...
 
* Huisshhhh... Hari ni ayat Mrs. Yan skema lorh... Uhukuhuk...
 
-Thanks for reading-






24 October 2013

MyKAD Baru...

24 Oktober 2013

Assalammualaikum...

 
Dua minggu yang lepas (10 Oktober 2013), Mrs. Yan ngan Ms. Nisa terkedek-kedek melintas jalan dari MBPJ ke JPN tok buat IC baru. Alkisahnya sebab cip Mrs. Yan dah tak boleh baca (Payah deknon kalo nak kuarkan duit ASB... Wahahaha)... Tok yang part berlari terkedek-kedek tuh sila jangan ikut okkaip.
 
Ok, stop melalut sampai situ... Ni Mrs. Yan nak cerita proses buat Mykad...
 
- Selepas berlarian melintas jalan, ktorang naik ke Tingkat 1, Bangunan JPN, PJ... (Dekat ground floor JPN PJ adalah Bahagian Perkahwinan & Penceraian. Jangan gatai-gatai pi masuk sana naaa...)   
 
- Ktorang pandang kiri kanan nak tengok start dari mana. So ktorang ke Kaunter 1. Kat kaunter ni, nanti staf akan tanya korang nak buat IC ke nak amik IC. Derang akan bagi nombor giliran.
 
-Korang tunggu nombor korang dipanggil. Macam Mrs. Yan, Mrs. Yan kena pegi ke Kaunter 2. Depands la korang dapat kaunter berapa. Kat kaunter ni derang akan mintak IC dan print resit pembayaran. Korang akan buat pembayaran la kat sini. Untuk yang dah penah tukar ikut umur 18 tahun ngan 25 tahun, korang kena bayar RM10 je. Tapi untuk yang special macam Mrs. Yan, sebab masa umor 18 tahun tak tukar, 25 tahun pun tak tukar, kenalah RM60 termasuk kompaun. Kat bawah ni Mrs. Yan letak rate dan kompaun yang JPN tetapkan ok...
 

 

 

 Dikemaskini oleh JPN pada 24 Oktober 2013

 
 
 -Okkaip, da settle pembayaran, korang kena tunggu nombor giliran korang dipanggil sekali lagi tok ke Kaunter 15 @ Kaunter 16. Ni tok amik gambar. Kalo korang nak tengok muka korang ok ke tak lepas amik gambar pun boleh. Tapi kena sebelum derang save la. Mrs. Yan lupa hari tuh. Bila g balik, dia kata da save... Neves nak tunggu gambar macam mana... Dah la senyum lama. Ketaq-ketaq pipi aiii... Pastuh baru flash kuar... Cettt... 
 
Settle da proses nak buat Mykad korang. Senangkan... Lagi senang kalo korang g awal pagi macam ktorang. Ktorang g kol 8.30 macam tuh kot. Orang pun tak ramai lagi. Proses amik masa dalam 15 minit je. Seyess tak tipu.... Tapi bila pegi lambat tuh maybe lama la sikit kot kan sebab orang dah ramai...
 
Selepas 2minggu, maksudnya hari ni lah kan... Pepagi buta dah kol JPN tanya Mykad da siap ke belum... Yesss, dah siap. Ktorang pun terkedek-kedek la melintas jalan ke JPN lagi.

 
 Cukup la kot kan info tok buat Mykad ni kan... So korang pun boleh la tukar kalo ada yang tak tukar lagi tuh kan...
 

 New Mykad - Bapak bughok gilerrr... adeyyy...
 
*Kalo nak ikut rate kompaun, Mrs. Yan kena bayar RM90. Tapi dalam resit kena bayar RM60 je... Ada diskaun lettew... Huhuhuhu....
 
-Thanks for reading-
 

 


22 October 2013

Mr. Aid Style

Assalammualaikum...

 Pengasas Jurus Ke-101; Mr. Aid Style

Dah kenapa pepagi buta nak ber'Mr. Aid Style' lak tetibe kan... Sila jangan gosok mata sebab Mrs. Yan memang nak tulis Mr. Aid Style, bukan Gangnam Style okkaip... Dari gambar kat atas tuh la jadi titik mula kepada anak didik Mr. Aid yang sangat taksub untuk mengamalkan jurus ni.

Mesti korang tak paham apa yang Mrs. Yan cuba nak sampaikan kan... Tapi sebelum tuh, Mrs. Yan nak ingatkan korang supaya tak ketagih dengan amalan jurus ni sebab bila dah ketagih akan menjadi parah.. Buktinya ada kat bawah ni kalo tak percaya....
























Pengamal pertama yang mempraktikkan Jurus Ke-101; Mr. Aid Style. Mr. Jamal a.k.a Amane Komatsuza dan Mr. Fahizuan Amri (Gambar tidak diletakkan atas sebab-sebab keselamatan)

Merebak kepada Mr. Kamrul Adli

Lebih teruk jika orang-orang atasan juga berjangkit

 Ini kerana jurus ini boleh merebak kepada kakitangan yang lain.

Nampak tak pengaruh jurus ni sangat bahaya... JADIII... Don't try this at home... Paghohh mung...

* Sonok hari ni jalan tak jem... Huhuhuhu...


**Update : 24 Oktober 2013



**Update : 30 Disember 2013



Ni betul-betul paghoh... Virus merebak... 

-Thanks for reading-

16 October 2013

Kenanga Wholesale City (KWC)

Assalammualaikum...
 
Best... Best... Best... Dah lama Mrs. Yan ngan Dayah mengidam nak g sini. Macam best sangat je kan... Bermulalah terjahan ktorang hari Ahad lepas. Oklah, KWC ni dia dekat dengan Balai Bomba Hang Tuah. Seperti biasa, Mrs. Yan bukan orang yang expert pasal jalan. So gunalah Mr. Google Map korang ye...
 
Dari Balai Bomba Hang Tuah (bulatan kuning) korang da boleh nampak Bangunan KWC (bintang merah).

 


Ni bangunan luar KWC okkaip...
 
Ni directory yang ada kat tepi tiap eskalator.
 
Kalo korang nak info lagi kedai apa yang ada kat KWC nieh, korang boleh klik sini dan sini okkaip... Maleh nak taip... Huhuhuhu... Tapi memang macam-macam ada. Dari baju wanita, baju lelaki, baju budak-budak, beg, aksesori, segala macam perhiasan badan la ada kat situ... Kat bawah ni ada la gambar cket kat dalam KWC ni. Tak best la sebab tak boleh nak amik gambar... Siap kena sound lagi ngan tauke kedai. Cisss... Macam luak jer kalo nak amik gamba kedai dia...
 
 
 
Baju kat kedai ni chumel gak...


Ktorang borong 6 helai skrit kat sini. Material kain pun ok.





Ini semua... POYOOOOO...


Kat kedai ni la Mrs. Yan kena sound takleh amik gamba...











 
Kalo beli kat sini make sure korang beli minima 6pcs baru boleh dapat harga borong. ada kedai yang kena beli 6pcs item yang sama baru boleh dapat harga borong. Ada kedai yang boleh beli 6pcs campur-campur then dapat lah harga borong... Depends la k. Kalo nak senang, sebelum pegi, bukak dulu website dia (ada link kat atas) then korang tengok kedai mana yang berkenan. Pakat-pakat lah g reramai ke, beli kat kedai yang sama. Lagi untung... Harga lebey kurang sama je tiap kedai. Pastuh ada gak owner kedai yang tanya nak jual ke, korang iyekan jela deknon...
 
Jadinye, selamat membeli-belah la ye... Sori sangat gambar tak cantik tahap cipan... Bersyukur jela handphone ada kamera walaupun pakai hp murah dari nak jinjing kamera ke hulu ke hilir... Lagi meluat akak kedai tuh usha ktorang nanti... Wahahahaha...
 
-Thanks for reading-


14 October 2013

Kompleks Selera Sukom

06-1 : Nasi Campur & Tomyam Kak Su

Assalammualaikum...
Entry kali ni Mrs. Yan nak share pasal tempat lunch. Ni ofismate Mrs. Yan, Nora yang suggest. Sebelum ni kitorang kalo nak makan ikan bakar je gi Fendi Ikan Bakar. Tapi kali ni kitorang tukar angin lak. Mulanya Mrs. Yan bawak Nora g melawat sedara kat Hospital Selayang. Balik tuh rasa macam lapar sebab tak breakfast lagi. Jadinya, bermula lah terjahan ke Kompleks Selera SUKOM nieh...
 
Gambar pun Mrs. Yan amik tak banyak. Gambar depan kompleks pun tak amik tapi nak gak share kat sini...
 






Ok, menu lunch kitorang:
- Ikan keli 2 ekor
- Kerang setengah mangkuk
- Nasi 2 pinggan
- Ulam - ada pucuk ubi rebus, bendi rebus, daun salad
- Kerabu

Total harga makanan kitorang = RM12.50.
Murahkan... Tapi ni tak termasuk harga air. Makanan dia, ya ampun... berdepa-depa panjangnya... Kalo tengok gambar kat atas tuh boleh rambang mata la kan tak tau nak pilih apa. Mrs. Yan geram tengok sotong sambal dia besar-besar. Ada lak jantung rebus... Huishhh... Heaven betul... Tapi macam mana nak makan semua kan... Hohohoho...  

 Mangsa makan dikenalpasti... Owh, no camera please... Mrs. Nora...
 
Ok, kalo korang nak g,  korang boleh dari LDP yang sebelah Western Digital tuh, amik 'U-turn', pastuh nanti korang nampak kedai perabot, pas tuh depan dia ada Petronas, depan sikit, masuk simpang ke kiri. Nanti kat sebelah kiri korang nampak Giant kecik, belah kanan korang nampak kuil besar. Ok, pandang balik belah kiri, nanti korang nampak bangunan lama warna biru. Haaaa... masuk kat bangunan tuh ok. Parking tak banyak. Bangunan tuh sebelah shop lot baru. Korang masuk je kat Kompleks Selera SUKOM tuh, g gerai yang hujung sekali...
 
Harap-harap korang paham la direction yang Mrs. Yan bagi ni okkaip... Masa gi sini, first time Mrs. Yan rasa Air Laici Susu... Sedapppp... So, selamat mencuba la ok... :)
 
-Thanks for reading-
 
 


09 October 2013

Malaysia vs Singapura : 3-2

Assalammualaikum...

Lama tak berkunjung, then hari ni Mrs. Yan nak letak gambar sekitar Pesta Bola merebut Piala Sultan Selangor (The Sultan of Selangor's Cup) pada 28.9.2013 hari tuh kat Stadium Shah Alam. Pegi ni pun sebab dapat tiket free... Kekekeke... Masa ni Mrs. Yan g ngan dak ofis Mr. Aid ngan adik Mrs. Yan, Iwan. Tok pengetahuan korang, ni first time tau Mrs. Yan tengok bola live. Kesian tak... Bukan apa, biasalah kehidupan orang yang sentiasa 'sebok' memang macam ni... Ni kalo tak sebab free nieh, memang tak tau abad bila la Mrs. Yan masuk stadium... Dulu masuk stadium sebab kawad je... Wahahaha...




Sape slalu g stadium mesti penah jumpa mamat nieh kan... Orang panggil Brader Brown... Dak Taman Medan nieh... Promote cket...




Sebelum game mula, Iwan cakap, ko jangan tengok bola macam tengok cite hantu tau kak, macam Ain... Wahahaha... Mrs. Yan dulu layan gak tengok bola... Time skolah la... Tapi suka tengok Malaysia jela... Abersea ni Kak Tijah tak layan. Tapi bila dok asrama, dah malas nak buat semua da... Termasuk dok ngadap bola...


Selangor menang 3-2... Syabbas beteyyy...

Posing kemenangan cket sebelum balik... Abeh hilang suara merdu Mrs. Yan... Macam mana la kalo kena rasuk... Tengok bola pun macam orang tak sedar diri... Hahahaha... Papepun best la... Kalo dapat tiket free lagi kan bagus... Sebelum balik umah, boleh lak derang pekena nasi pepagi buta... Tanjat lemak dalam perut...

Majulah sukan untuk negara walaupuun Mrs. Yan tak berapa nak layan sukan-sukan nieh... Huhuhuhu...

-Thanks for reading-