14 November 2013

Inspitari 2013: Part ii

Assalammualaikum...

Untuk memenuhi janji yang telah dipateri...Ohooooyyy... Terpateri sangat kan... Mrs. Yan keluarkan Inspitari 2013: Part ii pulak. Entry ni adalah sambungan dari Inspitari 2013: Part i hari tuh. Dan dengan secara tak langsungnya, Mrs. Yan terpaksa membuat Inspitari 2013: Part iii sebabnya ada sikit lagi gambar yang tak dipilih... So, sekarang ni kita tengok Inspitari 2013: Part ii dulu okkaip... :)
 












 
Sampai sini jela dulu yang sempat edit... Maap bebanyak la ye sebab takde niat pun nak ber'part-part' ni. Huhuhu...
 
-Thanks for reading-
 


13 November 2013

Nasi Ayam Warisan KD

Assalammualaikum...

Bosan-bosan kat ofis petang ni Mrs. Yan nak upload cket gambo nasi ayam yang ktorang makan lunch tadi. Dah alang-alang g site kat Kota Damansara tadi, tetibe teringin nak makan nasi ayam kat KD ni... Bukan Kris Dayanti okkaip.. Kota Damansara. Hari ni Mrs. Yan g site bawak Ms. Nisa. Bosan lak tetibe nak drive sorang... Boleh macam tuh... Mrs. Yan pun memula tak sure kat mana kedai ni sebab penah makan skali je. Tu pun dak Iwan yang bawak Mrs. Yan. Kalo nak tanya jalan, macam konfius gak tetibe kat mana. Tapi Mrs. Yan tau kat Jalan Cecawi, Kota Damansara. Pusing punya pusing sambil Ms. Nisa dok kerah otak kat mana tempat dia sebab Mrs. Yan cakap kat Mcd yang ada Shell.
 
Nasi Ayam Warisan KD ni gerai kat tepi jalan je. Sebelah Persiaran Surian. Korang try search Jalan Cecawi 6/19A. Berdepan dengan shop lot. Paham tak...(Harap kamoo paham yee...) Ok, dah jumpa, kat bawah ni gambar kedai kalo korang nak tengok ok.. :)







Ktorang bawak balik je. Makan kat ofis sebab belikan untuk ofismate skali.

Nasi ayam RM5.00, Sup kaki ayam RM3.00
 
Peace yoo...
 

Tapi kan korang... Ni yang macam nak meluah rasa ni... Sedap macam mana pun nasi ayam ni kan, still takleh lawan nasi ayam kat Alam Megah. Dulu masa Mrs. Yan servis keta kat Perodua kat sana, try la makan nasi ayam pakcik ni. Pakcik ni menjual guna lori je. Takdak kedai ke gerai bagai... Perghhh, skali try nak lagi lah... Dengan dia punya bihun sup tu, sup dia pekat... Adeyy la.. Air liuq leleh jap. Dulu kalo rasa teringin nak makan nasi ayam sanggup dari Taman Medan ke Alam Megah... Tapi sekarang dah takde. Mana ntah pakcik tuh pegi. Sedey tau drive jejauh 2, 3 kali bila sampai tengok pakcik tuh takde... Oh Pakcik Nasi Ayam Alam Megah ( Nasi ayam dia takde nama, so suka hati Mak Jemah la nak letak nama apa), silalah kau hadir memberitahu dimanakah lokasimu sekarang... Haishhh...
 
-Thanks for reading- 


07 November 2013

Inspitari 2013 : Part i

7 November 2013
 
Assalammualaikum...

Dek kerana terlalu lama nak menunggu pilih gambo, Mrs. Yan dengan ini men'decide' untuk mengeluarkan Inspitari 2013 : Part i. Adoyaiii... Dah basi da cerita ni sebenarnye. Hari kejadian adalah 5 Oktober 2013 tapi kau lihatlah dunia... Baru hari ni terhegeh-hegeh nak post entry... Ok, tahun ni ktorang skali lagi meng'alert'kan diri untuk rebut tiket Inspitari 2013. Tahun lepas punya Inspitari pun boleh terbayang-bayang lagi macam mana seronoknya... Tahun ni tempat still lagi kat Dewan Auditorium DBKL tapinya masa jer dah berganjak dari 8.00 malam ke 8.30 malam. Sebelum tarikh amik tiket Mrs. Yan da call urusetia tok kompomkan boleh amik tiket sampai pukul berapa... Pada hari kejadian untuk mengambil tiket, maka kami laki bini pun berempitanlah menaiki tenggiling Mr. Aid menuju ke Dewan Auditorium DBKL untuk mengambil tiket... Naseb baik tak hujan deknon... Kalo tak kena benti tepi jalan cari daun pisang... Bermemori sangat tau... Huisshhh.. Tak kerlass langsung...

Ok, merapu lagi... Kat bawah ni antara gambar yang sempat dipilih ok...

 Bangunan DBKL, Jalan Raja Laut





 Kat atas ni senarai kumpulan penari yang perform malam tuh.

 Opening yang selalu ditunggu-tunggu











Ok, cukuplah setakat tuh dulu ea... Nak tengok gamba lagi kena tunggu Inspitari 2013 : Part ii pulak... (Dalam ati kalo boleh nak mengalahkan cite Harry Porter yang ber'part-part' tuh)... Jadinya, bawak-bawaklah bersabar okkaip... :)

-Thanks for reading-