26 January 2014

Perasaan itu...

Perasaan itu...
Ia datang,
Ia menyelubungi,
Ia menguasai,
Susahnya hendak aku nyah dari kotak fikiran.

Perasaan itu...
Ia sedih,
Ia takut,
Gusar, risau melanda benak,
Airmata peneman,
Moga tidak datang berteman dendam.

Perasaan itu...
Ia datang dari kata-kata manusia,
Manusia yang telah punyai segala,
Tiada ia diduga dengan sengsara.
Hingga ia lupa duka orang sekelilingnya,
Kerana merasa hidupnya sempurna.

Perasaan itu...

Aku diamkan,
Aku pendamkan,
Sampai bila akan ku telan,
Sampai bila akan ku simpan,
Biarlah masa menjadi penentuan.


Perasaan itu...
Adakah diakhiri dengan harapan,
Harapan agar ditebalkan kesabaran,
Harapan agar diberikan kekuatan,
Harapan agar tiada lagi airmata berjujuran,

Ya Allah...
Peritnya perasaan itu,
Aku tahu perasaan itu ujian-Mu,
Aku hamba terpilih,
Untuk menikmati ujian itu,
Moga perasaan itu,
Sentiasa datang dengan rahmat-Mu.




with love,
Mrs. Yan
26 Januari 2014



-Thanks for reading-




24 January 2014

Nasi Lemak Beratur, Taipan USJ, Subang

Assalammualaikum...

Di waktu petang setelah berhepas pulas angkat peti ais dari Puchong ke Damansara, Iwan suggest tok tapau Nasi Lemak Beratur kat Taipan USJ, Subang. Mrs. Yan tak penah try pun... So, ok jela... Nasi lemak ni bukak dari petang sampai malam.


Sumber: Mr. Google
 
Sebenarnye Nasi Lemak Beratur nieh dalam Restoran Warisan Sambal Opah. Masa kami g tuh tak ramai orang lagi sebab gi petang kan... dalam kol 5 lebih macam tuh kot. Ble tak lama lepas tuh, tetibe kedai ni macam kena serbu lak. Tapi kan kalo tengok lauk dia memang menyelerakan... Tak caya scroll bawah...
 










 
 
 
 







Gler banyak tersusun kan lauk dia... Tak mampu nak pilih dah... Anggaran orang yang makan ada 7 orang, so kami mintak 20 bungkus nasi lemak daun pisang sebabnye nasi dia cket je. Harga nasi, RM1/bungkus. Disebabkan kaedah memilih berlandaskan nafsu serakah, ktorang amik banyak gak lauk. Ada sambal lala, sambal sotong, sambal sotong basah, kentang yang potong nipis-nipis tuh goreng then sira ngan sambal manis, ayam sambal kalo tak silap. Puas ati dapat rasa semua cket-cket. Tapi, al-kisah harga dia korang jangan terkejut lak eaaa... Nasi lemak sekali ngan lauk yang ktorang amik, total = RM64.00... Memang agak mahal. Tapi puas ati gler korang. Try la skali pun takpe... Hahahaha... 



Iwan, si tukang promote...
 
Kalo korang teringin nak datang, korang boleh search alamat kat bawah k...
 
Nasi lemak warisan sambal opah,
Restoran Warisan Sambal Opah,
Café, Malaysian Restaurant, and Asian Restaurant
2-56 Jalan USJ 9/5p, USJ 9
47620 Subang Jaya,
Selangor.
 
Sapa-sapa yang selalu lepak Restoran Ubi Kayu mesti tau tempat ni. Berdepan je restoran derang. Maybe sebab tuh Nasi Lemak Beratur ni kena bukak petang kot kan... Datang tau korang..Lapaq perut ni...
 
-Thanks for reading-
 


Ayam Bakar Mas Mono, Seksyen 7, Shah Alam

Assalammualaikum...

Lama dah tak post pasal makanan kan... Jadinya dengan rasa tak bersalah serba-salah, Mrs. Yan nak share ada satu kedai makan namo ea Ayam Bakar Mas Mono. Dia lebih kurang ayam penyet la... memang ada menu ayam penyet pun... Tapi semua pakat-pakat amik ayam bakar je... Kekekeke...


Menu (Nampak tak seni yang sangat halus tok angle amik gamba ni)

Suasana dalam meeting room... Ada perbincangan hangat nieh... Hahahahaha... 

Setelah habis perbincangan yang hangat, sampai tahap tak tau nak borak apa dah, Sampai perut pun sebok nak join borak skali, akhirnya makanan pun sampai... Cer korang perati air tuh da sampai takat mana...


Mrs. Yan g dengan officemate Mr. Aid. Semua pun tak penah g... Ni semua sebab terpengaruh tengok JJCM. Baguih tau derang nieh... Malam tuh kitorang amik air yang bervariasi (malas nak ingat tak ingat air apa), tapi semua pakat-pakat order ayam bakar, pastuh order 3 set pisang goreng coklat.


So far ayam bakar dia sedap je. Kategori sedap lah sebab sambal dia pun best, pastuh tauhu ngan tempe dia pun takdela rasa kosong je. Derang p lumur skali perapan ayam kat situ kot. Pisang goreng coklat dia bese je sebab pisang. Sebab pisang dia je korang... Seyesss... Cer tukar takyah pakai pisang ape ntah nama dia. Rasa kelat-kelat cket. Pakai pisang emas pun ok kot (Cara macam pandai masak... Nama pisang pun tak tau... Wahahahaha...) dengan cheese dia kot macam terlebey masin. Kalo tau amik je cket cheese tuh makan dengan ayam. Pastuh servis derang macam lambat cket. Kebetulan kawan Mrs. Yan g lepas hari ktorang g sana, dia kata pun servis lambat. Naseb bek masak sedap kan... Huhuhu... Derang kata ni branch pertama kat Malaysia. Femes la kot kat Indon ye dak... Tetibe terliur nak makan ayam bakar... 
Lastly, ktorang ada special menu tau... Cer scroll ke bawah... Hahahahaha...





















Baby golek special... Dia paling excited skali nak pilih menu... Hahahaha... Omeyyyy angat.. Dah la Omeyyy, dumuk lak tuh... (Menu ni untuk ktorang je tau... Korang jangan gatai mintak baby golek lak... Takut ada yang merasa tido lokap je...)



Kalo korang nak g, korang boleh cari alamat ni okkaip...

Ayam Bakar Mas Mono Malaysia
No 17 & 19 Jalan Plumbum P7/P
Pusat Komersial Seksyen 7,
4000, Shah Alam Malaysia

Email:
info@ayambakar.my

Website: http://ayambakar.my/



Waktu bukak Mrs. Yan tak pasti la pulak pastu tadi tengok website dia takde no telefon... Bagi yang pencinta fesyen, mesti tau lokasi Seksyen 7 ni kat mana sebab kat sini ada Wisma Jakel, ada stokis tok baju-baju online, ada jual tudung mahal-mahal tuh. Kalo korang tak tau, korang g cari jalan menghala ke I-City mahal tuh. Kalo nak lagi senang p google map ea... Enset canggih kan... :)



*Update :
Mrs. Yan ada tanya kawan-kawan Mrs. Yan sape yang ada try pisang goreng cheese tu... Macam mane rasa... ok tak... Derang kata ok... Baru-baru ni pun kawan Mrs. Yan kata ok... Mrs. Yan tak berkesempatan lagi nak repeat kat sana... Tak sabar gak nak g lagi skali :)



*Update :

Hapdate yang keseratus lima puluh kali pada 29 September 2014... Hikhikhik... Nak tunjuk je mcm mana ghuper pisang cheese yang  Mrs. Yan dapat. Rasa dia memang macam yang 1st Mrs. Yan rasa dulu. Dia masam-masam. Ada setengah orang yang suka macam tuh. Disebabkan cheese yang melimpah ruah membuatkan Mrs. Yan tergoda dengan pisang cheese tersebut. Huhuhuhu...


 Pisang Cheese


 Hidoep adalah perjoeangan

 

-Thanks for reading-




Formula Mengira Dividen dan Bonus ASB


Assalammualaikum...
 
Amacam semua... Dah update Buku ASB masing-masing? Mrs. Yan dah update dan memandangkan Mr. Aid penah cakap derang ada kiraan untuk bagi dividen kat kita, maka Mrs. Yan pun meng'google' untuk tengok balik betul ke tak apa yang Mr. Aid cakap.
 
Dan jawapannya ternyata:
 
Kalo ekau baru masukkan RM10,000.00 masa hujung bulan November la contohnye kan (sebab biasanya closing untuk masukan ASB adalah pada minggu ke-2 bulan Disember), pastu ikut lak rate dividen tahun ni 8.7% ekau jangan mimpilah nak dapek dividen RM870.00 yo... Dia ada kiraan dia. Jadi jangan tetiba ekau mengamuk kek kaunter tuh sebab ekau tak dapek RM870.00 tuh yo... Hahahaha...
 
Sebabnya derang ni lagi pandai dari kita. Dah kata derang ni keja dengan duit kan. Tak aci la kalo korang hujung tahun baru terhegeh-hegeh nak masukkan RM10,000.00 korang tuh secara lump sump, tetibe korang nak dapat dividen sama banyak dengan orang yang dah menyimpan dari awal tahun, tak keluar-keluar duit derang kan... Tak gitu...
 
Ok, lets check it out:
 
(Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, Mrs. Yan tak ubah satu patah perkataan pun dari ayat kat bawah ni.)
 
 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya menghantar satu email kepada pihak ASNB untuk bertanyakan bagaimana dividen & bonus ASB dikira. Berikut adalah jawapannya:
 

Tuan/Puan,

Kami dengan hormatnya merujuk kepada emel tuan/puan mengenai perkara di atas.

Untuk makluman, pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) akan dibayar melalui pelaburan semula ke dalam akaun ASB pada 1 Jan setiap tahun. Berikut adalah disertakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan/puan:-

(a)Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.
 
Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2011:-
 

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2011 hingga Disember 2011 x KADAR
                      12 Bulan

BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
 
•Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2011 sehingga Disember, 2011 (12 bulan).
 

•Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
 
•Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.
 

(b)Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.
 
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2011:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2002 hingga Disember 2011 x KADAR
                    120 Bulan
 
•BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
 
•Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2002 hingga Disember 2011 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
 
•Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.



 

Sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000/2057 3111 atau layari laman web kami di www.asnb.com.my.
 

Sekian, terima kasih.
 

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220
 
 

KOMEN *ADMIN:
 
Daripada email di atas, kalau nak dividen dan bonus dikira bagi simpanan kita untuk satu-satu bulan, pastikan anda masukkan duit ke dalam ASB anda pada 1hb setiap bulan dan JANGAN keluarkan sehinggalah hari terakhir pada bulan tersebut. Jika dikeluarkan jugak, maka dividen bonus hanya akan dikira berdasarkan baki terendah pada bulan tersebut!
 

Contohnya:
 

31 Jan - Baki dalam ASB 2000.00
 

1 Feb - Masuk RM1000.00

Jika tiada pengeluaran dibuat sehingga 29 Feb 2012, maka jumlah RM3000 akan dikenakan bonus.
 

Jika pada 7 Feb - Keluar Rm1000.00, maka baki RM2000 sahaja yang akan diberi dividen & bonus.
 

Apa jadi kalau pada 9 Feb, kita masukkan RM3000.00 pulak?
 

Memandangkan baki terendah ialah RM2000, maka HANYA RM2000 sahaja yang akan diberi dividen & bonus
 
*Admin adalah merujuk kepada http://www.cikguemas.com
 


-Thanks for reading-





23 January 2014

Tanda-tanda Penyakit Pada Badan Kita

Assalammualaikum...
 
 
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

- Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

- Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

- Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

- Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

- Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
 
 
2. Hidung (Mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
 
- Selesema: Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

- Hidung tersumbat: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

- Bersin :
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

 
3. BATUK
 
- Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
 
- Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

- Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
 

4. KERONGKONG
 
- Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
 
- Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

 
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
 
- Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.


- Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.
 
 
6. MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah).
 
- Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
 
- Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

- Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
 
 
7. TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang).
 
- Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
 
- Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
 

8. KULIT BERPELUH
 
- Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
 
- Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

 
9. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
 

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
 
 
11. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
 
 
12. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
 

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
 
- Sakit sakit Sendi
a) Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
b) Tidak rasa panas:Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
c) Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.


- Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

- Kebas Tangan Kiri dan Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

- Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

- Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

- Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

- Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

- Gatal di Celah-celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).



14. TANDA-TANDA DALAMAN
 
Kepala: Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak. 

- Pening / Sakit di Bahagian Depan Kepala:
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.


Pening / Sakit di Bahagian Belakang Kepala:
a) Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.


- Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.

Bisul Terjadi di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
 

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
 
Loya / Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
 
Muntah Darah
a) Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
b) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
 

 
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK: Tanda sakit jantung.
 

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKATProses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
 

18. KENCING
 
Kerap Kencing: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
 
Air Kencing yang Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

Air Kencing yang Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

- Air Kencing Pekat yang Berwarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

 
19. BUANG AIR BESAR
 
Cirit Birit / Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
 
Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Najis Berdarah
a) Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
b) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.


Najis Berwarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
 

 
20. BADAN
 
Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
a) Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
b) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
c) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
d) Sakit menegang: Proses melancarkan pengaliran darah.


Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan sedang berlaku.

Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
 

 
21. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
 

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

 
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
 

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
 
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.

 
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


26. Sukar untuk bernafas atau termengah- mengah ketika bernafas:
Salah satu tanda- tanda pertama kanser paru- paru yang harus diingat oleh pesakit adalah kesukaran mereka untuk bernafas. Malah kadangkala berjalan sedikit sahaja boleh menyebabkan mereka termengah- mengah.


27. Batuk kronik atau sakit dada:
Beberapa jenis kanser termasuklah leukemia dan tumor paru- paru boleh menyebabkan gejala- gejala yang hampir sama dengan batuk teruk atau bronchitis. Satu cara untuk membezakannya adalah apabila masalah itu berlanjutan atau hilang dan datang semula, sekiranya tetap sama. Sesetengah pesakit kanser paru- paru melaporkan, sakit dada mereka akan naik sehingga ke bahu atau ke bawah lengan.


 
28. Kekerapan demam atau mengalami jangkitan:
Perkara yang disebutkan ini boleh merupakan tanda- tanda penyakit leukemia, iaitu kanser pada sel- sel darah yang bermula dalam tulang sum- sum. Sering kali doktor hanya mengesan leukemia terhadap orang dewasa selepas pesakit mengadu mereka demam, kesakitan dan gejala- gejala seperti selesema dalam jangka masa yang panjang.

29. Kesukaran untuk menelan makanan: Masalah ini selalunya berkait rapat dengan kanser tekak. Sukar menelan makanan juga kadangkala tanda- tanda pertama seseorang itu menghidap kanser paru- paru.

30. Nodus limfa membengkak atau wujudnya benjolan pada leher, ketiak dan pangkal paha: Pembesaran nodus limfa menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem limfatik. Benjolan pada nodus limfa pada bawah ketiak kadangkala adalah tanda- tanda penyakit kanser payudara. Benjolan yang tidak menyakitkan pada bawah leher, ketiak, atau pangkal paha juga boleh menunjukkan tanda- tanda awal leukemia.



31. Lebam melampau atau pendarahan yang tidak terhenti:
Gejala- gejala ini selalunya menandakan perkara tidak normal berlaku terhadap platelet dan sel- sel darah merah. Ia juga adalah tanda- tanda leukemia. Lebam- lebam boleh berlaku di tempat- tempat luar biasa seperti pada jari- jari dan tangan, dan juga tompok- tompok merah pada muka, leher dan dada. Kadangkala pendarahan pada gusi juga boleh berlaku.


32. Lemah dan lesu: Lesu dan lemah adalah gejala- gejala terhadap pelbagai jenis kanser yang perlu anda lihat. Ia juga boleh bergabung dengan gejala- gejala lain. Jika anda mengalami letih melampau tanpa sebarang sebab dan tidak boleh dihilangkan selepas tidur dengan secukupnya, segera bertemu dengan doktor.


33. Badan mengembung atau penambahan berat badan yang tidak normal: Masalah ini selalunya berlaku pada wanita yang menghidap kanser ovari. Pengembangan pada badan ini datang secara tiba- tiba dan akan bersambung semula atau hilang dalam jangka masa yang panjang.


34. Perut rasa kenyang dan sukar untuk makan: Salah satu tanda kanser ovari adalah tidak ada selera makan dan tidak boleh makan walaupun mereka masih belum makan.
 
Ni yang Mrs. Yan dapat dari
 
Wallahua'lam... Mungkin kita boleh cek kalo tak pepasal tumit kaki kering ke, pening memanjang je kan... :)
 
 
-Thanks for reading-