30 December 2013

Perutusan Raja Sehari: Fayyadh & Sazila

30 Disember 2013

Assalammualaikum...

Pengantin :
En. Mohamed Fayyadh Amri & Pn. Nor Sazila 

Tarikh :
07.12.2013 - 08.12.2013

Majlis :
Pernikahan & Persandingan : Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor Darul Ehsan

Kami doakan semoga pasangan ini sentiasa di dalam limpahan rahmat Ilahi dan kekal hingga ke akhir hayat.

Jika berminat dengan pakej SnappySmoothie atau ingin mengetahui pakej lain yang disediakan, boleh contact Mr. Aid, 017-3500786... :) 






-Thanks for reading-


 

24 December 2013

Inspitari 2013: Part iii

23 Disember 2013
 
Assalammualaikum...

Apa kabo semua... Musim-musim hujan ni sesame la kita jaga kesihatan dan keselamatan masing-masing ye... Mrs. Yan pun baru baik selsema... Kalo sebelum ni Mrs. Yan da tempek Inspitari 2013: Part i dan Inspitari 2013: Part ii, Hari ni Mrs. Yan nak letak Inspitari 2013: Part iii lak. Ni last dah ni. Takde nak part-part bagai dah... Jom tengok gambar jom :)













Perasan tak Wan Sharmila yang pakai baju biru tuh :)
 
Sampai sini jela gambar untuk Inspitari 2013. Hopefully next year dapat pegi lagi & hopefully kumpulan dak-dak kecik join tahun depan. Musti chumelll...
 
*Frust betul bila The Hobbit kena tunggu Part iii lak... Haishhh...
 
-Thanks for reading-


17 December 2013

Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2013

Assalammualaikum...

Print Screen email semalam - Semua dijemput hadir ok... 

Banyak aktiviti yang macam best jer... So, moh le maghi gheghamey (Intonasi hantu Kak Limah)- Sori gambo tak clear
 
Orang ramai khususnya warga Selangor dan Kuala Lumpur dijemput untuk memeriahkan sambutan Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2013 selama dua hari bermula 21 Disember ini.
 
Ini merupakan kali pertama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan festival seumpama itu dan sebanyak 30 acara menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya acara tersebut yang bertemakan Gaya Hidup Lestari. Kehidupan Hijau.
 
Festival itu dijadualkan turut disertai oleh pelbagai pihak termasuk yang dibawa khas dari luar negara. Datuk Bandar, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, orang ramai berpeluang untuk menyaksi dan menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan bagi mempromosikan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai amalan gaya hidup yang lebih sihat dan mesra alam.
 
"Dari slot pameran sahaja, iaitu untuk segmen Eko Mobiliti kami akan mempamerkan pelbagai jenis kenderaan teknologi eko seperti hibrid, solar dan elektrik, termasuk dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang akan mempamerkan kereta ranjer yang menggunakan teknologi dari Jepun dan Jerman dan bas solar dari Universiti Sains Malaysia (USM).
 
"Di samping itu pameran pelbagai jenis basikal dari pelbagai negara sama ada bersifat klasik dan futuristik termasuk rekaan dari MBPJ sendiri iaitu basikal Ambike (basikal teksi) yang membolehkan lapan orang menaiki dan mengayuh basikal tersebut," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas gimik prapelancaran festival itu di ibu pejabat di MBPJ di sini, hari ini. Alinah berkata, malam perasmian festival akan dimeriahkan dengan perarakan besar yang melibatkan penyertaan pelbagai pihak yang diikuti dengan persembahan artis Ikon Hijau, Zainal Abidin.
 
"Kami ada acara tayangan filem (Eco Knight), demonstrasi makanan sihat, persembahan line dance, taici, lukisan grafiti, klinik hijau, muzik jalanan, persembahan akrobatik basikal BMX, senamrobik hijau, fun ride, dam aji gergasi dan pemeriksaan kesihatan," katanya. Selain itu, menurut beliau, acara lain ialah pelbagai jenis pertandingan termasuk perlumbaan basikal bukit Getaway PJ 2013, bike hunt, bola jaring, futsal, memanjat dinding, papan selaju, aksi lagak ngeri basikal BMX dan mewarna.
 
Sehubungan itu beliau berharap ibu bapa membawa anak-anak mereka ke festival itu sebagai aktiviti cuti persekolahan yang sangat berfaedah untuk seisi keluarga.
"Paling menarik juga, penduduk Petaling yang membayar cukai taksiran mereka pada festival ini diadakan akan diberikan rebat sebanyak RM100," katanya.
 
Festival itu juga, katanya, akan menyediakan gerai jualan pelbagai jenis produk landskap, eko bazar, basikal dan aksesori, peralatan dan pakaian sukan, makanan dan minuman.
 
Maklumat lanjut dan borang pendaftaran penyertaan boleh diperoleh dari laman web www.mbpj.gov.my atau menghubungi talian 03-7956 3544.


© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Ayat kat atas ni Mrs. Yan petik sebijik-sebijik dari Akhbar Utusan. Jadi tok warga Petaling Jaya dan jiran-jiran terdekat, moh le datang Sabtu dan Ahad ni ye... Mrs. Yan pun macam excited lak nak pegi... InsyaAllah kalau takde pape aral...
 
-Thanks for reading-

12 December 2013

Perutusan Raja Sehari : Firdaus & Fairus

Assalammualaikum...

 

Kali ni punya perutusan raja sehari lain sikit. Abang Firdaus @ Daus ni abang kepada Mr. Aid. Jadinya Mr. Aid takdelah jadi official photographer, just amik gambar tok gedik-gedik je...
 
So kat bawah ni antara gambar yang Mr. Aid snap :)
 




 
Kepada Abg. Daus & Kak Apai, selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat... Amin...
 
*Wedding dekat Lembaga Getah Malaysia... Masuk je kat dalam LGM ni, rasa macam sonok je nak main tangkap-tangkap gambar... Omeyy angat tempat ia...
 
-Thanks for reading-

09 December 2013

Perutusan Raja Sehari : Hairulzaman & Suzilawati

Assalammualaikum...

 

Pengantin:
En. Hairulzaman & Pn.Suzilawati

Tarikh:
16.11.2013 - 17.11.2013

Majlis:
Pernikahan & Persandingan : Kampung Sungai Timun, Linggi, Negeri Sembilan

Kami doakan semoga pasangan ini sentiasa di dalam limpahan rahmat Ilahi dan kekal hingga ke akhir hayat.

Jika berminat dengan pakej SnappySmoothie atau ingin mengetahui pakej lain yang disediakan, boleh contact Mr. Aid, 017-3500786... :) 






 -Thanks for reading-



14 November 2013

Inspitari 2013: Part ii

Assalammualaikum...

Untuk memenuhi janji yang telah dipateri...Ohooooyyy... Terpateri sangat kan... Mrs. Yan keluarkan Inspitari 2013: Part ii pulak. Entry ni adalah sambungan dari Inspitari 2013: Part i hari tuh. Dan dengan secara tak langsungnya, Mrs. Yan terpaksa membuat Inspitari 2013: Part iii sebabnya ada sikit lagi gambar yang tak dipilih... So, sekarang ni kita tengok Inspitari 2013: Part ii dulu okkaip... :)
 












 
Sampai sini jela dulu yang sempat edit... Maap bebanyak la ye sebab takde niat pun nak ber'part-part' ni. Huhuhu...
 
-Thanks for reading-
 


13 November 2013

Nasi Ayam Warisan KD

Assalammualaikum...

Bosan-bosan kat ofis petang ni Mrs. Yan nak upload cket gambo nasi ayam yang ktorang makan lunch tadi. Dah alang-alang g site kat Kota Damansara tadi, tetibe teringin nak makan nasi ayam kat KD ni... Bukan Kris Dayanti okkaip.. Kota Damansara. Hari ni Mrs. Yan g site bawak Ms. Nisa. Bosan lak tetibe nak drive sorang... Boleh macam tuh... Mrs. Yan pun memula tak sure kat mana kedai ni sebab penah makan skali je. Tu pun dak Iwan yang bawak Mrs. Yan. Kalo nak tanya jalan, macam konfius gak tetibe kat mana. Tapi Mrs. Yan tau kat Jalan Cecawi, Kota Damansara. Pusing punya pusing sambil Ms. Nisa dok kerah otak kat mana tempat dia sebab Mrs. Yan cakap kat Mcd yang ada Shell.
 
Nasi Ayam Warisan KD ni gerai kat tepi jalan je. Sebelah Persiaran Surian. Korang try search Jalan Cecawi 6/19A. Berdepan dengan shop lot. Paham tak...(Harap kamoo paham yee...) Ok, dah jumpa, kat bawah ni gambar kedai kalo korang nak tengok ok.. :)







Ktorang bawak balik je. Makan kat ofis sebab belikan untuk ofismate skali.

Nasi ayam RM5.00, Sup kaki ayam RM3.00
 
Peace yoo...
 

Tapi kan korang... Ni yang macam nak meluah rasa ni... Sedap macam mana pun nasi ayam ni kan, still takleh lawan nasi ayam kat Alam Megah. Dulu masa Mrs. Yan servis keta kat Perodua kat sana, try la makan nasi ayam pakcik ni. Pakcik ni menjual guna lori je. Takdak kedai ke gerai bagai... Perghhh, skali try nak lagi lah... Dengan dia punya bihun sup tu, sup dia pekat... Adeyy la.. Air liuq leleh jap. Dulu kalo rasa teringin nak makan nasi ayam sanggup dari Taman Medan ke Alam Megah... Tapi sekarang dah takde. Mana ntah pakcik tuh pegi. Sedey tau drive jejauh 2, 3 kali bila sampai tengok pakcik tuh takde... Oh Pakcik Nasi Ayam Alam Megah ( Nasi ayam dia takde nama, so suka hati Mak Jemah la nak letak nama apa), silalah kau hadir memberitahu dimanakah lokasimu sekarang... Haishhh...
 
-Thanks for reading-