11 June 2014

Jalan Tar, Kuala Lumpur

Assalammualaikum...

Dah nak dekat puasa ni mesti ramai yang tak sabar nak shopping kat Jalan Tar, Kuala Lumpur kan... Termasuklah orang yang luar dari Selangor dan KL. Jadinya saja jelah Mrs. Yan nak post pasal Jalan Tar ni... Nak bagi naik semangat sikit... Sambil-sambil cari baju raya tuh boleh cari tok baju keje kan :) Time tuh kan harga murah... Ok, Mrs. Yan janji tak menaip panjang berjela-jela... Jom tengok gamba...









Tapi kali ni Mrs. Yan bukan nak cerita pasal baju ngan accessories je. Mrs. Yan lagi tertarik ngan makanan yang ada kat Jalan Tar nieh... Segala macam jenis makanan ada :) 















Last skali sebelum balik, korang buat-buatlah melawat Muaz Textile dulu... Kalo takat kat area Jalan Tar ni, kat kawasan Masjid India pun Muaz Textile ni ada... Harga murah-murah ye... Kualiti tu biasa la... Jangan lah korang harapkan harga Muaz Textile tapi kualiti Tudung Fareeda lak ye... Hehehehehe...




Oklah, kalo shopping nanti jangan sampai lupa diri ye... Takut nanti time raya semua bajet da lari jauh lak... Hukhukhuk... Belanja berpada-pada okkaip :)
-Thanks for reading-

02 June 2014

Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014

Kesenian Rakyat / Folklore Festival
 
 
 
Assalammualaikum...
 
Hari ada masa lagi beberapa minit sebelum balik keje... So Mrs. Yan ingat nak promote aktiviti tahunan yang akan diadakan di Petaling Jaya iaitu Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 ataupun PJ International Fair 2014.
 

PJ International Fair 2014 - Folklore Festival

 
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts, (CIOFF) akan menganjurkan PJ International Fair 2014 Folklore Festival bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-8 dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya.
 
Festival kesenian antarbangsa ini melibatkan penyertaan kumpulan kebudayaan dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, India, Mesir, Sri Lanka, Iran, Senegal, Korea, Thailand, Kenya, Bangladesh, Ghana, Jepun dan Nigeria serta tidak ketinggalan kebudayaan tempatan Malaysia.
 
PJ International Fair 2014 yang bertemakan Kesenian Rakyat merupakan kesinambungan kepada edisi pertama 2013 yang dikenali sebagai “PJ International Fair yang bertemakan Sustainable Lifestyle Green Living” yang telah berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2013.
 
PJ International Fair 2014 Folklore Festival akan menampilkan acara-acara menarik yang dipersembahkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian dengan menampilkan 4 segmen utama iaitu persembahan kebudayaan rakyat, sukan rakyat, demonstrasi masakan tradisional, pameran dan jualan barangan kraftangan.
 
Festival ini antara lain bertujuan untuk mempromosikan Bandar raya Petaling Jaya khususnya dan Negeri Selangor serta Negara Malaysia amnya sebagai sebuah destinasi antarabangsa yang berdaya huni melalui keharmonian budaya, ciri-ciri persekitaran terbaik dan aktiviti-aktivitinya yang menarik.
 
Saksikan keunikan kesenian rakyat antarabangsa di Petaling Jaya, Malaysia. Kami mengalu-alukan kehadiran anda - MBPJ.

Tuh baru mukadimah ye... Mrs. Yan copy paste je dari laman web petalingjayafair - http://petalingjayafair.mbpj.gov.my/bm/
So korang takyah la bangga sangat macam Mrs. Yan ni hebat menaip yo... Hahahaha... Ok, Untuk pengetahuan korang, festival ni akan berlangsung dari 17 - 22 Jun 2014. Ada macam-macam aktiviti yang akan diadakan.
 


Aktiviti yang akan dijalankan
 
 


Ada Travel Fair tau... Ala-ala Matta Fair gittew... Sunken Plaza ni kat bahagian bawah Menara MBPJ
 


 


So, kalo korang nak lagi apa-apa into pasal festival ni, jangan segan silu la refer detail kat bawah ni ye:

Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Jalan Yong Shook Lin
46675 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-7956 3544
Fax: +603-79581494

-Thanks for reading-