20 July 2013

'Lembah', Kuala Kangsar

Assalammualaikum...

Lama tak update ni... Malas sungguh la... Ni belum lagi time sebok buat kuih raya. Jangan kecik ati ea SnappySmoothie... Mrs. Yan tinggalkan kejap jer... Ok, untuk entry kali ni Mrs. Yan nak sambung cerita masa kat Kuala Kangsar hari tuh. Lepas je makan kat Salleh Stall, Kuala Sepetang, kami terus balik ke Damai Homestay. Tak singgah pun kat Taman Tasik Taiping yang tempat cerita Sepi shooting tuh sebab macam penat sangat. Balik terus tido macam tak sedar diri, pastuh sedar pun sebab Iwan call bagitau dia tak jumpa lorong nak masuk Taman Damai. Memang malam tak nampak signboard sebab lampu tak menyala. Dan dengan bermalasannya ktorang g la amik derang kat Petronas. Dekat je... Hohohoho...

Sampai je kat homestay, ktorang discuss nak makan kat mana. Iwan ngan abah balik keje je terus datang KK, sure tak makan lagi kan. Dan sebenarnya Yuna, errrr... Mrs. Yan tak tau pun nak makan kat mana.Nak la cari tempat yang happening cket. Tapi disebabkan tuh, Mrs. Yan pun pening kepala dok pikir dekat mana nak makan. Otak dok ligat-ligat pikir, tetiba teringat Nisa. Dia memang orang Taiping, so maybe dia tau la tempat makan kat Kuala Kangsar. Sebab Taiping ngan Kuala Kangsar tak jauh sangat. Plus dia ni memang kaki jalan.

Call Nisa, ok, dia angkat.

Mrs. Yan: Nisa, Kak Yan tak tau nak makan katne kat sini.

Nisa: Dulu penah makan, derang panggil tempat tuh 'lembah' tapi taktau la pulak nama dia apa. Dekat ngan tepi sungai. 

Ok, ligat pikir lagi. Kalo dekat dengan sungai, mesti dekat tempat mamat yang jual Pau Ibu hari tuh. Tapi mana Mrs. Yan nak ingat jalan dia. Dah la buta jalan, pastu hari tuh pegi naik bas kot... Memang tak ingat la... Tapi takpe, at least tau la nak makan kat mana. Suruh Dayah call Nazrol lak sebab sure derang tak makan lagi. Kena pulak tetiba Chenan kena g urgent meeting... Sian Nazrol ngan Cheno. Pastu yang kelakarnya nak cari kat mana homestay derang pun satu hal. Memang failed jalan betul lah. Chenan dah siap bagi direction pun sesat barat gak. Orang cakap lalu kat Jalan Istana. Yang ktorang lak g lalu jalan nak menuju ke istana. Bila sampai depan istana, semua dah blur. At last Nazrol ngan Cheno jalan kaki tunggu ktorang kat jalan besar... Hohohoho... Kenangan betul...

Dah amik derang, Mrs. Yan call Nisa balik nak tanya direction g 'lembah'. Start direction dari bulatan menara jam. Cerita ni pun sadis gak... Hohohoho...

Mrs. Yan: Hello Nisa, Kak Yan dah nak sampai bulatan yang ada jam tuh. Nak g 'lembah' macam mana ek?

Nisa: Ok, nanti kat depan Kak Yan nampak ada replika jet, nanti jet tuh kat sebelah kiri Kak Yan.

Tak lama lepas tuh Mrs. Yan memang nampak jet, pastu jet tuh memang kat sebelah kiri Mrs. Yan. yeyyy... excited... Ok, sambung...

Mrs. Yan: Nisa, jet kat sebelah kiri Kak Yan ni

Nisa: Kak Yan terus je nanti masuk kanan.

Dengan gelojohnya Mrs. Yan cakap ok... Nanti pape akak bagitau. Tapi bila jalan terus tuh, Mrs. Yan rasa macam mengikut alur jalan tuh pulak. Sedar-sedar ktorang dah dekat Bulatan Labu Sayong yang mana jika kami meneruskan pemanduan, kami akan bertemu kembali dengan Bulatan Menara Jam (Feeling cakap ngan bahasa baku sebab time tuh perut dah lapar...Huishhh).

Mrs. Yan call Nisa balik. Rupanya direction tak abeh lagi. Nanti jumpa bank apa ntah katanya... Pastu belok kanan. Adeyyy la...


Peta kat atas ni peta Kuala Kangsar. Arrow yang warna biru tuh la laluan ktorang. Memang tawaf betul la kan... Yang warna merah tuh pulak laluan yang sebenarnya. Kalo korang imagine, dari tempat kereta Mrs. Yan, ada bulatan, kiranya jet tuh belah kiri la kan... So Mrs. Yan pun confident la. Taktau la pulak bila dari arrow terakhir Mrs. Yan yang warna biru tu pun, kita tengok jet tuh kat sebelah kiri gak...

Akhirnya lepas tawaf Kuala Kangsar sebanyak 1 pusingan, Alhamdulillah, ketemu juga dengan kedai makan...

Arena Kuala Kangsar

Cheno & che Yah

Iwan, Dayah Nazrol

Makanan sampingan sementara tunggu lauk sampai. Sedap sotong kangkung ni. Pakcik ni siap kata kalo tak sedap tak payah bayar... wewewe :) Sori ni tak ingat berapa ringgit.



Menu ktorang malam tuh, amik je pakej RM40:
- Air oren 1 jug
- Tomyam campur
- Siakap 3 rasa
- Daging masak merah
- Kailan ikan masin
- Telur dadar

Yang lagi 1 set tuh ktorang amik:
- Air oren 1 jug
- Sup tulang
- Siakap 3 rasa
- Paprik
- Kailan ikan masin
- Telur dadar

Sebenarnya ktorang amik pakej menu yang sama tapi ktorang tuka sikit je menu. Tambah dengan Che Yah nak air carrot susu, ngan Cheno nak barli suam, semua sekali dalam rm84. Ok lah sebab makan pun untuk 8 orang.

Kebetulan ada expo, siap ada karaoke lagi. So kami singgah la kejap. Tapi tak beli apa pun.

Perut pun dah kenyang, balik umah apa lagi, tido dengan senang hati la sebab esok pepagi dah kena pegi Dewan Jubli Perak tengok Dayah konvo.

Tak lupa kat my GPS that nite, teng qiu Nisa... Jasamu dikenang :)

Miss Nisa yang sudah berpunya...

-Thanks for reading-



0 comments:

Post a Comment