08 July 2013

R&R Tapah dan R&R Sungai Perak

Assalammualaikum...

Fuhhh.... Penat berjalan tak abeh lagi ni... Pejam celik, pejam celik kita dah nak berpuasa balikkan... Kejap sangat... Oklah, minggu lepas Mrs. Yan 1 family ke Kuala Kangsar. Adik Mrs. Yan, Dayah dia ada Majlis Konvokesyen kat Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar. Dalam hati dah plan nak g macam-macam tempat dah. Tapi sempat ke tak, idok ler tau teman nak menjawabnye... Hohohoho...

Kami gerak 2 keta. Tapi keta Mrs. Yan gerak dulu. Dalam pukul 9 lebih pagi macam tuh la. Keta Iwan gerak petang sebab Iwan tak dapat cuti la pulok... Disebabkan kami tak breakfast, perut pun dah berkeroncong, kami singgah kat R&R Rawang. Lapa punya pasal, kami terus makan tok tengahari. Not bad jugak pilihan makanan dan disebabkan kebulur, kami tak amik gamba pun kat sana... Hohohohoho... 

Lepas kenyang, kami bergerak ke Kuala Kangsar terus. Ingatkan nak singgah R&R Bukit Gantang sebab kat sana banyak jual buah, tapi tak tau la pulak R&R tuh lepas exit ke Kuala Kangsar. So kami berenti kat R&R Tapah. Tak banyak macam kat Bukit Gantang. Tapi oklah... Kat situ, first time nampak buah nona. Memang tak pernah makan. So belilah 1kg. Buat-buat rasa orang kata. 3 biji 1kg. Harga RM12.

 Tengah ni buah nona. Rasa dia manis, macam ciku.... yummyyyy :)


 R&R Tapah

Lepas tuh, kami terus ke Kuala Kangsar. Amik homestay, check in pukul 2 petang. 2 hari kami di KK. Sebelum balik PJ, kami singgah pulak di R&R Sungai Perak. Agaknya sekarang bukan musim buah kundang ea... Tak nampak pun kat semua R&R.

 Kacang oh kacang
 
 Lemang, ketupat palas ngan rendang pun ada. Tapi serius tak sedap... Redang je ok. Lemang sepotong, RM2, ketupat palas sebiji RM1, rendang sebekas dalam RM12 kalo tak silap

     Another version of buah nona & strawberi

Sekian kunjungan ke gerai-gerai buah PLUS. Lepas ni sambung cite pasal homestay pulok ye :)

-Thanks for reading-

0 comments:

Post a Comment