26 February 2013

SABA Restaurant, Cyberjaya

Restoran Arab Feveret Kami

 

Family Mrs. Yan memang suka makan makanan arab especially abah. Kambing memang feveret dia. Kalau tengok dia makan, memang selera giler and dia dah tak sembang ngan kami kalau nasi ni depan mata dia.

Sebelum Saba Restaurant nieh, kami sekeluarga suka makan kat Ar-Rawsyah, Jalan Damai, Ampang. Kalau g sana pun kebanyakan kita boleh tengok ramai orang Arab datang makan kat sini. Portion dia pun standard orang Arab punya makan. Tapi 2 tahun lepas rasanya bila kami g, restoran ni dah pindah. Ada review yang kata Ar-Rawsyah yang baru dah tak best macam masa kat Jalan Damai.

So, kami pun decide tok tukar port makan nasi arab. Ramai sebenarnye yang dah tau pasal Saba Restaurant, Cyberjaya ni. Kami slalu amik lamb khabsa and rasa dia lebih kurang Ar-Rawsyah cuma portion dia biasa-biasa standard perut orang kita, still kenyang. Tapi abah akan amik large tok dia sorang n dia sanggup kuar duit blanja kami. Hahahahaha...

Kami ni sebenarnya 5 beranak je. Masuk sorang ahli baru, Mr. Aid, jadilah 6orang. Kali ni kami makan untuk 9 orang. Sorang kawan adik, lagi 2 orang anak yang mak aku jaga dari si abang lepas pantang, da sama tinggi dengan aku sampailah adik dia darjah 2 sekarang. Kami da anggap derang ni macam family sendiri da.

Biasanya kami akan call untuk buat reservation dulu sebab nak g ramaikan. Takmo lah makan asing-asing. Kalau rasa nak g dinner kat sana, petang tuh boleh la kol kat no ni : 03-8320 2544.

Alamat Saba Restaurant ni 4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyberjaya, 63000 Selangor. Nak bagi direction tak reti sebab jalan dia macam pelik. Ahaks...





Menu




 Corak kat atas 'i' tuh da cantik tapi nama saya Mazian lorrh abang amik booking


 2 beradik, Along n deqbal


 Nazrol (kawan Dayah), Dayah (my adik yang bongsu), Iwan (my adik bawah aku)


Lamb Khabsa

Lamb Hanith


  




-Thanks for reading-


INSPITARI 2012 @ Dewan DBKL, Kuala Lumpur

Excited Excited Excited 

 

 Style la derang nieh

 

1st time kami dengar pasal InspiTari ni, kami da melompat-lompat gedik muka tahap excited giler sebab kami memang suka tengok persembahan kesenian macam ni.

 

Okaip, untuk yang baru 1st time dengar, program ni bawah anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Kali ni acara diadakan di Audotirium Dewan DBKL. Masuk free je tau... Ni cara kementerian nak memperkenal dan nak memartabatkan seni tari negara gitew...

 

Acara ni diadakan pada 13 Oktober 2012. So, bermulalah aksi menelifon wakil pegawai tok booking tiket. Masuk free kan, mestilah ramai yang nk tengok. Ada dalam 16 tarian kalau tak silap. Memang rugi kalau tak g.


Kami call En. Haris tok 2 tiket. Tu pun da penuh. Kami dapat seat baris kedua. Oklah dari tak dapat kn.


Balik kerja terus g ke DBKL. Dari PJ ke KL macam dari PJ nak ke Tanjung Karang. Sangat sangat sangat jammed. Acara start dalam kol 8 mcm tuh. Tiket still kat En. Haris. Risau sangat sebab kalo kita bayar, tiket memang untuk kita. Tapi bila free ni kira 1st come, 1st serve la. 

 

Dok dalam keta ni tangan asyik dok msg En Haris je.... At last En Haris cakap kalau acara dah nak start kami terpaksa release tiket pada orang lain... Then call dia lagi and bagitau kami da nak sampai. Thanks tok En. Haris sebab tolong simpankan tiket tok kami :) Tahun ni kalau ada macam best je nak g lagi.

 

 



















 

 -Thanks for reading-





 

 

 

 

23 February 2013

FullHouse, Sunway Pyramid

We @ FullHouse, Sunway Pyramid

 

For our 1st anniversary @ 26 November 2012, kami decide untuk makan malam kat sini. Reason dia satu je sebab tempat ni sangat-sangat chumel :)

Ni 1st time jugaklah kami makan kat sini. So kalau ada sesape yang belum pernah try, n teringin nak g, boleh la ke Fullhouse Sunway Pyramid, LG 1.96, Sunway Pyramid Shopping Mall. 



Ok, ni menu yang kami order hari tuh :)

Untuk Mr. Aid :
Soda Grape Peppermint with Sourplum Pop, RM6.90
Beef Sandwich, RM15.90 
Chocolate Brownies, RM11.90

Untuk Mrs. Yan :
Mango Milk Shake, RM7.90
Beef Bacon Carbonara, RM18.90
Creme Brulee, RM10.90




Okaip, lepas makan bolehlah menunaikan apa yang terniat dihati.
Kebanyakan yang datang ke Fullhouse ni sebenarnye tertarik dengan decoration restoran nieh. Ala-ala English Style gitu.

Jadinya kami ni antara kebanyakan orang-orang yang datang ke sinilah :)



Suka tengok lampu dia :)





 Ada mini garden yang chumel gak :)





Thanks for being apart of my life :)

-Thanks for reading-

22 February 2013

Alamanda Mall, Putrajaya

We @ Alamanda, Putrajaya


26 Januari 2013, kawan sekolah kami, Fatimah Az-Zahra Abdul Shukor
telah melangsungkan perkahwinan di Dewan Kejiranan Presint 9, Putrajaya.

So, hajat kat hati ni teringin sangat nak ke Alamanda, Putrajaya. Bukan untuk ber'shopping', tapi da lama aimed nak p amik gambar kat Bamboo Walkway.

Jenuh gak nak cari tempat ni sebab masa 1st time g tuh Alamanda baru je bukak. So, kedai pun tak banyak lagi. Kalo korang nak g, try p cari Carrefour,Lower Ground Floor, Alamanda Shopping Centre. Sebab Bamboo Walkway ni sebelah Carrefour je ghupenye.
 

Muka frust sebab still tak jumpa mana Bamboo Walkway tuh. Tapi amik jela gambar sebab nak puaskan hati sendiri.



And, finally we found it... Baru muka ada senyum lorrrhhh :)


-Thanks for reading-