24 April 2014

Wet World Water Park, Shah Alam

24 APRIL 2014

Assalammualaikum...

Kejadian ni berlaku 17 Januari 2014 hari tuh. Sekarang bulan April baru nak post. Biasalah orang 'busy' memang macam ni... Sian da bersarang pondok buruk Mrs. Yan... Kuikuikui... Kami pegi lepas waktu Solat Jumaat selepas mendapat rengekan yang bertubi-tubi dari askar-askar darat yang setia menjaga 'keamanan' rumah kami. Kami memang ada hari Jumaat je sebab lepas tuh kami dah sibuk tok prepare kenduri kat rumah parent Mrs. Yan ujung minggu tuh.

Memula derang merengek nak g main kat I-City, so korang rasa-rasa korang dapat rasa tak apa yang Mrs. Yan ngan banker lain rasa... Yessss... Kami rasa nak nanges sebabnya duit akan mengalir laju bagaikan aliran air di water park I-City... Ini tak boleh jadi... Otak ligat nak ke plan 'B'... Mrs. Yan search pasal Wet World Water Park Shah Alam. Harga dia boleh tahan la kalo nak dibandingkan dengan I-City tuh. Pastuh ktorang takyah pening kalo tetibe derang nak masuk rumah salji lah, nak masuk sana lah, sini lah. Kat Wet World Water Park tuh korang main jela mainan kat sana sampai kulit kecut kan... Tapi ada syarat yang ktorang bagi kat askar-askar tuh... Kalo nak g, korang kena pakai saving korang sendiri... Jahat tak... Dengan harapan derang kata tak nak g... Rupanya yang hado... Derang dengan sepakat seia sekata kata takde hal... Siap kuarkan duit masing-masing tunjuk kat kitorang... Cisss cisss cisss betul... (Tapi jangan risau, duit budak-budak tuh selamat tersimpan lagi... ktorang tak guna pun. Saja je nak tengok derang macam mana). So pada adik-adik, sila simpan duit dari sekarang ea... senang nak ajak mak pak hang mandi kat Wet World nanti... Hahahaha.... Nak tau lagi pasal Wet World korang boleh klik kat sini ok...

Ok, takmo cite panjang, Mrs. Yan bagitau harga tiket dulu. Harga tiket ni tok kanak-kanak kena ikut ketinggian ok...

Tinggi 90cm - 130cm = RM16
Tinggi 130cm ke atas = rm20
Kanak-kanak bawah 3 tahun = FREE
*Kalo nak pelampung kena sewa lain ea... Tapi sori tak ingat berapa RM...


Ni lah dia askar-askar kami hari tuh

 Entrance kat dalam Wet World. Yang entrance kat bahagian luar Mrs. Yan lupa lak nak amik gambar.

 Rasa nak chumell lagi boleh la sewa pondok yang disediakan. RM50 kalo tak silap...

 Orang tak ramai sebab ktorang g hari Jumaat kan. Kalo Sabtu Ahad ni mau berebut nak main...






Makanan luar macam biasa lah ea tak boleh bawak masuk kat dalam nieh... Tapi ktorang pun macam biasa jugaklah seludup limau cket bawak masuk. Makanan ktorang beli je kat dalam ni. Ktorang kan rajin nak masak :)

So, kalo tak tau nak g mana weekend nieh, korang boleh la bawak family g sini ok...

Wet World Water Park Shah Alam
Taman Tema Air Wet World
No. 3A, Persiaran Dato' Menteri, Sek.14,
40000 Shah Alam, Selangor D.E.
Tel: +6 03 5513 2020
Fax: +6 03 5510 7619
Email: sales.wwsa@owg.com.my


Pissttt: Dalam banyak-banyak nieh, Mr. Aid telah berjaya mengalahkan budak-budak tuh sebab dia lagi excited main air...kehkehkehkeh...

-Thanks for reading-

 


6 comments:

Sakhril Hairuddin said...

klw nek kym,stesen mne pling hmpir ngn wet world ni?

Sakhril Hairuddin said...

*KTM

abahomestay said...

Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

Yan|Aid said...

Assalammualaikum abahomestay & sakhril Hairuddin :)

1stly terima kasih sebab sudi menyinggah dan komen kat blog snappysmoothie :)

--- > Abahomestay, terima kasih sbb share homestay dengan harga yang berpatutan :) hopefully boleh bagi manfaat utk readers yang lain :)

--- > Sakhril hairuddin, sori sebab macam takde je kot ktm yang dekat nak ke wet world. maybe awak boleh try turun ke KTM Batu 3 atau padang jawa ke, lepas tu kena amik teksi... Hopefully ini membantu... :)

Seindah Lavender79 said...

kalau orang dewasa tiket dia berapa ya ?
kira ikut ketinggian ke apa ?

Yan|Aid said...

kalo dewasa dia kira rm20 jugak seindah lavender :)

Post a Comment