06 March 2013

Port Dickson Part 03 : Pantai Bagan Pinang


Bakar-bakar, Santai-santai

 

Lebih kurang pukul 10 pagi kami sekeluarga bergerak ke pantai. Cadangnya nak ke Teluk Kemang je. Tapi kebetulan ada Sambutan Hari Tentera Darat yang ke-80. Nampak macam meriah. Siap ada kereta kebal lagi. Memang ramai orang. Port Dickson ni kan Bandar Tentera Darat. Kami pun pergi ke Pantai Bagan Pinang. Ok pantai dia. Kebetulan orang pun tak ramai lagi masa tuh. Jadi kami dapat la ‘port’ yang best sikit. Bawah pokok, siap ada kerusi meja lagi. Pasang khemah, bentang tikar, campak semua barang-barang berharga dalam khemah tu, hidupkan api... Ucapaca bakar-membakar pun bermula. Seronok sebab dah lama tak buat macam tu. Macam biasa tukang bakar memang Iwan la. Takde dia, tak berasap dapur...Hamboi...

Biasanya kalau kami ber'BBQ' ni mesti ada ayam. Lepas tu adalah tambahan sotong, ‘hotdog’, dan last sekali Oblong kambing. Oblong ni nanti nak di'modified' jadi kebab kambing...huhuhuhu...Lepas tu, Dayah pulak kerja dia menggoreng. Kentang ada, nugget pun ada. Ada jugak kami buat ‘coleslow’ (boleh guna jugak untuk kebab nanti), ‘blackpepper sauce’, and lastly roti pita. Abah kali ni takde sibuk wat pape pun. Dia asyik dok menunggu bila kebab kambing tuh nak siap je. Untuk kebab kami guna Oblong Kambing jenama Sempoi. Sedaplah bagi yang suka ada rasa kambing tuh kan. Harga masa kami beli, RM24 untuk 10 keping. OKlah kan. 



Relax kan Che Mat








The Making Of Lamb Kebab



Lepas kenyang makan, sembang-sembang, bahan-membahan, air laut pun surut. Tetibe teringin lak nak cari siput sedut. Untung-untung boleh buat masak lemak. Tapi takde la pulak. Taktau kot macam mana nak cari. Huhuhuhuhu... Jadinya, kami takat cari remis jelah kat tepi pantai. Tu pun tak banyak. Dayah kata tak macam kat Pantai Remis. Iwan keluarkan layang-layang besar dia. Seronok tengok dia boleh terbang tinggi. Siap ada helang lagi terbang sebelah layang-layang tuh. Dia ingatkan best friend dia kot. Mr. Aid lak dok sibuk berkubang.


Iwan dengan layang-layang. 




Remis tak jumpa, benda lain yang banyak.


Pakcik ni tengah cari cacing untuk umpan ikan pari. Panjangkan cacing tuh.



Semua dah kepenatan, kami pun berkemas balik ke apartment dalam pukul 4lebih macam tuh. Rehatkan badan dulu, malam nak g dinner kat Medan Ikan Bakar MPPD lak. Hoyeyyyyy!!!

-Thanks for reading-


0 comments:

Post a Comment