Family Day @ Kalumpang Resort

9-10 Februari 2013


Family day kali ni untuk belah family Mr. Aid. Kalau nak compare family Mr. Aid dengan Mrs. Yan memang banyak beza sebab Mrs. Aid dibesarkan dengan adik-beradik yang ramai. Kalau berkumpul tuh, penuh rumah lah... Tempat ber'family day' kali ni kat Kalumpang Resort. Mandi sungai la jawabnya ye... Kali ni kak long ngan abang long yang jadi organizer. Kami yang lain hanya menurut perintah...hahahaha...

Sebenarnya memang tak tau pun kami nak tidur kat mana. Apartment ke, chalet ke kan. Nape Mrs. Yan bajet nak tidur kat tempat macam tuh...jeng jeng jeng... Sebabnya apa yang kami berdua tau, tempat yang kami nak tidur ni satu malam RM200... Abang long dah booking kan untuk 3...(still tak tau nak tidur kat mana kena lah letak ...) Total semua RM600. Tak tau la kalau orang lain kan. Tapi bagi kami, standard rege-rege macam tuh kalau dok kat apartment at least 1 bilik ataupun dok kat chalet... Dan bermula lah episod ber'family day' kami.

8 Februari 2013,
Kita ke belakang jap. 1 hari sebelum nak ke Kalumpang. Excited nieh sebab 1st time Mrs. Yan join famili Mr. Aid bercuti. Semua adik-beradik g. Dok la sibuk ke Mydin membeli barang-barang tok buat BBQ malam esoknya. Balik dari Mydin, Mrs. Yan berperang pulak kat dapur tok buat Trifle Pudding (sori gambar tak sempat nak amik. Sebab jam masa tuh pun dah pukul 10 lebih malam). Siap je dalam 9 bekas segi 4 tepat, terus lari p tido. Tak senonoh perangai....   

9 Februari 2013,
Baru terhegeh-hegeh nak packing baju. Plan takmo penuhkan Baby Viva, so Mrs. Yan packing dalam 1 beg je. Towel ngan barang mandi pun sekali la tuh ye. Oklah kan. Beg bebanyak pun xde guna. Dengan nak letak bekas Trifle lagi nanti. Hahahahaha... Dalam kol 12, kami gerak ke rumah famili Mr. Aid yang tak sampai 10 minit pun. Jauh kat sudut hati ni, ececeh... dok berdoa jangan lah duduk kat tempat yang Mrs. Yan googling sebelum ni.

Sampai je kat umah mak Mr. Aid, pelik dah sebab bukan main lagi bawak tilam bagai. Aikkk, takkan tempat tuh takde sediakan. Memang macam nak g seminggu la. Ok takpe, maybe family ramai, dengan budak kecik lagi kan. Sedapkan hati lagi... Jangan lah duduk kat tempat tuh. Haisshhhhh....

 11km lagi nak sampai Tanjung Malim



Kami pun bergerak ke Kalumpang. Makanan tok tengahari semua dah bawak. Kami konvoi dengan 5 kereta. Sampai je kat Kalumpang, kami parking kat kawasan yang derang sediakan. Kebetulan kereta kami parking kat bawah pokok. Dalam hati, redup sikit. Balik esok takdelah bahang sangat. (Ok...kita tengok esok. ahaks). Kami dapat tag tangan macam masuk theme park untuk membezakan kami bermalam kat situ atau setakat tumpang mandi je. (Bayaran RM10 untuk dewasa yang nak mandi kat situ. Mahal tak?) Semua barang-barang yang kami bawak, derang akan bawak guna moto yang sekali dengan tempat letak barang tuh... tak tau apa nama sampai ke tempat kami menginap....huhuhuhu.... Kira servis dia ok lah macam tu kan.

 Kalumpang Resort

Sampai je kat tempat menginap, maka bermulalah episod ber'family day' di Kalumpang Resort.  Tetiba nampak macam ada orang yang kami kenal. Keluarga makcik pun kebetulan g ke Kalumpang Resort ni jugak. Bilik kami pun memang rezeki dapat dekat-dekat. Aku tengok tempat. 2 kabin, 1 bilik. Which is 1 kabin = RM200, 2 kabin = RM400. 1 bilik = RM200. Total = RM600. Untuk satu malam tau... Huishhhh... Tapi Mrs. Yan cool lagi... Ape la sangat... Mrs. Yan tinjau kat dalam kabin. Kalau tak silap ade 4 ke 6 ntah katil double decker. Kiranya ada 8 ke 12 katil lah untuk 1 kabin. Almari besi yang tinggi warna kelabu ada 2 pintu macam kat asrama tuh ada satu, tv kecik, air-cond, kipas dinding, pastu bilik air. Tu jelah. Peti ais, takde ye. Tunjau lak kat dalam bilik. Ada 2 katil single yang dicantumkan, tv kecik, air-cond, kipas, bilik air. Peti ais pun takde gak. Sama je. Cuma yang beza bilik nampak lagi kemas dan selesa.

Barang-barang kami still dalam kereta. Bila dah tengok keadaan bilik tuh, apa yang Mrs. Yan takutkan tuh jadi gak akhirnya. Nilah tempat yang Mrs. Yan jumpa masa googling hari tuh. Sekarang dok memikir pulak macam mana nak tidur ni. Macam mana derang nak bahagikan bilik yang besar alam ni dengan jumlah kami yang lebih kurang 28 orang ni. Dalam 3 bilik ok... Akhirnya derang decide kaum-kaum ibu dok kat bilik. Termasuklah Mrs. Yan. Huh...? Mr. Aid & Mrs. Yan kena tidur asing bilik...? (Rasa macam dah tak berapa nak cool sangat nieh). Baju-baju macam mana? barang mandi semua... Tapi boleh jerit dalam hati je. Terpaksa lah kalau setiap kali nak mandi Mr. Aid datang bilik tok amik beg baju tuh pastu mandi kat kabin.

Dengan kaki yang rasa macam ada orang tarik ni, Mrs. Yan pun g lah ke bilik. Kat dalam bilik tuh semua skali ada 12 orang termasuk 3 budak kecik. Cuba bayangkan situasi tuh macam mana. Dengan beg masing-masing lagi. Yang lain-lain dah dibahagikan masuk ke kabin. Patutlah derang dah siap-siap bawak tilam... Line tepon memang out la. 1 bar pun takde. Sedeyy betul. 

Punca sebenar kejadian ni bagi Mrs. Yan adalah dari kadar sewa yang agak tak berpatutan. Mintak maaf lah ye kalau ada yang tak bersetuju. Biasa yang Mrs. Yan tau, standard apartment adalah dalam RM250 macam tuh. Ada ruang tamu, ada bilik, ada dapur. Walaupun dapur tak boleh masak, tapi still ada cerek tok buat air, ada peti ais. Cukuplah kan. Rasa macam berbaloi kalau abehkan duit macam tuh. Amik lah contoh 1 apartment RM300 untuk 1 malam. Kami amik 2 apartment dengan kemudahan yang simple tadi, dah kira berbaloi kan. Bukanlah nak yang tak masuk akal tapi dengan rege yang murah. Takpun dengan harga RM600 tuh kami dah dapat sebiji rumah tak kesah la banglo ke teres. Silap haribulan, boleh masak lagi.  Apa kata untuk bilik yang simple macam tuh Mrs. Yan cadangkan dalam RM100 - RM120. Untuk kabin berbaloi la kot RM150. Cadangan jerrr.... Kami boleh booking banyak-banyak. Huhuhuhuhu...

Kami sewa tempat untuk BBQ sekali. RM5O kalau tak silap. Sekali lah dengan arang dia semua. Pastu ada 2 meja. Tapi tak tau meja cas ke tak. Bahan-bahan uuntuk BBQ kami mintak derang tolong simpankan memandangkan takde kemudahan peti sejuk kat bilik. Kebetulan, esoknya ada keluarga nak ber'picnic' kat situ, jadinya derang dah siap-siap pasang khemah untuk keluarga tuh. Kami dapat permission untuk gunakan 1 daripada khemah dengan syarat kebersihan khemah terjaga. Enteng aja kan... Dari segi servis memang takde masalah. Mrs. Yan suka cara derang layan kami. 

Tok yang tak minat mandi sungai, derang ada sediakan swimming pool. Besar tau. Ada 2 bahagian. Kanak-kanak dan orang dewasa. Memang seronok la derang. My M.I.L pun tak lepas peluang tunjuk bakat berenang kat cucu menantu dia. Kelass Jahhhh... Malam tuh, lepas Isyak, bermula lah pesta muda-mudi. Ayam bakar ada, hotdog, burger bakar pun ada. Buat sikit coleslaw. Memang happening. Mata lak semua merah-merah sebab seronok sangat berendam kt swimming pool petang tadi.








Haaa... Ada 1 cerita tau. Antara kami ni, anak Kak Ngah yang paling kecik. Baby lagi dalam 7 bulan kot. Tempat kami BBQ dekat je ngan sungai. Disebabkan si Zarif ni tak banyak kerenah, dengan sesape pun dia boleh bantai gelak, Mrs. Yan suka lah dokong dia. Tapi bila dah malam bertukar minit, mata si Zarif ni dok galak la memandang ke sungai... Uiisshhh... Seram je. Macam ada benda yang menarik perhatian dia. Bila kita alihkan kedudukan, dia mula meronta nak ke sungai gak mata tuh. Tapi nasib baik bukan orang-orang besar ni yang nampak. Tapi adat lah kan, nama pun budak. selagi dia tak mengacau kita, ok la tuh. Balik ke bilik, terbaca syarat-syarat menginap di resort ni. Dan salah satu syaratnya mengunjung di larang keluar dari bilik pada pukul 12 TENGAH MALAM KE ATAS... Hohohohoho... Apekah mesej yang cuba disampaikan :)

 Ni lah bilik untuk kaum ibu-ibu. -WALET 1-




 Operasi mengalihkan pandangan si Zarif dari sungai. Apelah yang ko nampak ea.

10 Februari 2013,
Lepas subuh, Mrs. Yan meneman Puan Besar Enon siapkan breakfast. Ada pondok wakaf gak kat situ. Lepas makan semua g sambung berkubang. Mrs. Yan heret Mr. Aid g mandi sungai. Apa barang mandi swimming pool. Tak semulajadi lah... Hahahahaha... Lepas puas, kami pun bersiap-siap tok check-out. Masa mandi sungai dah rasa gatal-gatal dah. Tapi ignore lagi. Sekali tengok, badan keluar bengkak-bengkak macam baru lepas kena gigit nyamuk. Hambik kau... Huhuhuhu...

 Ayam ni mesti berdebar-debar takut kena sembelih. Hahahahaha...



Mini zoo. Ada angsa bijak kat sini. Ikut je tuan dia. takyah ikat-ikat pun.





Abang Long wat additional proposal. Dah alang-alang g sini, jom lalu Fraser Hill nak. Dekat dah ni. Hahahahaha... Dah kata berjalankan. Bab tuh Mrs. Yan suka.... :) Nanti baca post ke Fraser Hill lak ea... Memang pengembaraan mencabar lah... Tungguuuuu :)

Comments

Popular Posts