22 March 2013

Fraser Hill

Angin Sejuk dan Laluan Mencabar


Sebelum ni Mrs. Yan ada cerita pasal Family Day @ Kalumpang Resort. Lepas check out dari Kalumpang Resort, kami teruskan our journey untuk amik angin sejuk kat Fraser Hill. Kalo dulu, ada waktu-waktu tertentu untuk kita naik dan turun Fraser Hill. Waktu ganjil adalah waktu naik dan genap adalah waktu turun sebab masa tuh ada 1 laluan jer. Tapi sekarang dah ada improvement sebabnya ada laluan baru untuk turun dari Fraser Hill. Jadinya tak payah lagi la kita dok mencongak-congak pikir ganjil ke genap. Huhuhuhu...

Masa waktu sampai ke Fraser Hill takde lah apa cerita sangat. Cuma risaukan budak-budak yang ter'excited' lebih dok berlari berkejaran jer. Kami minum petang kat restoran kat sini jer. Lapa kot tambah dengan sejuk lagi kan. Takde amik gambar pun dekat restoran ni sebab rasa macam dah penat sangat. Semua la malas... Lepas makan, amik gambar 1 famili jap pastu balik umah.




 
 

Dan cerita di sepanjang perjanan balik ke rumah adalah....

Kami bergerak turun dari Fraser Hill dalam pukul 5 lebih macam tuh. Sampai junction, kanan ke Kuala Lumpur, kiri ke Raub. Kami amik ke kanan (KL da depan mata kot). Tetiba nampak kereta Abang Mamat ngan Abang Erry tengah tunggu kat lorong tepi ke Raub. Kami patah balik. Tunggu kereta Kak Ngah. Ingatkan dok tepi tuh sebab nak tunggu kami semua then masuk ke simpang KL. Rupanya Abang Mamat cakap Abang Long call suruh masuk simpang ke Raub (dia dah meluncur laju ke depan dah. Jadi kami taktau dia masuk simpang mana). Ok..pk +ve, jalan ni lagi dekat dari ikut signboard terus ke KL. Huhhh...

Dalam kereta kami berempat kalo tak silap. Mr. Aid, Mrs. Yan, Tipah ngan Amin (tak ingat anak Abang Erry join kitorang ke tak. Buley macam tuh). Dan kami adalah orang yang memiliki 'keberanian yang tinggi'. Hahahahaha... Mr. Aid pun bercongak-congak. 'Kalo lalu sini mesti lalu Bentong, Kuala Lipis, lalu Karak'. Hah (paduan suara). Karak lama ke Karak Highway. Agak nak menyumpah gak la sebab tak pernah lalu jalan ni. Mr. Aid sambung, 'taktau lah takut Karak lama je sebab dah ikut jalan lama'.

Si Amin dah bukak cerita pengalaman Kak Ngah si anak makcik masa lalu Karak lama...

Masa tuh malam. Nak g kenduri kot. Lalu jalan lama. Kak Ngah yang bawak kete (hebak mu). Makcik dok kat sebelah. Tetiba makcik nampak ada benda mengikut dari belakang. Boleh lak benda tuh perasan makcik pandang dia, dia pun terbang la sebelah makcik. Nasib bek Kak Ngah tak perasan. OMG OMG OMG... Takmo la jadi macam tuh. Tengok jam, dah nak Maghrib. Tapi lalu kat dalam hutan jalan belok-belok nampak macam dah malam jer.

Balik ke cerita kami. Turun dari Fraser Hill, bajet nak amik udara yang best tuh, kami bukak tingkap. Tapi tetiba rasa macam tak best, naikkan tingkap la lepas dengar cite si Amin. Panjangnya perjalanan. Pusing Raub ko. Macam jalan-jalan 1 Pahang dah rasa. Dengan kereta Kak Ngah takde minyak. Dengan tengok keadaan pekan yang sunyi. Semua dah masuk umah kot time nih. Tambah la seramnya aihh... Teringat lak cite Karak tuh. Macam penambah perasa lak rasa. Jalan ni derang selalu guna nak balik Kelantan kan.

Pusing-pusing ikut alur tuh, pinggang sakit semua cukup dah. Tetiba kami nampak signboard ke Fraser Hill. APAAAAA... Masa datang tadi Fraser Hill belah kiri kami, sekarang Fraser Hill belah kanan kami. Kami tawaf Fraser Hill okkaip... Pasrah dah ni... Muka renyuk-renyuk dah rasa. Sampai la ke laluan Kuala Lipis. Nampak bangkai kereta remuk. Dandan lak aihhh... Dalam hati cakap jangan la nampak pape kat kereta ni (sambil mata pandang kereta remuk tuh). Tapi nampak macam seram...  Derang benti solat dulu kat masjid mana ntah kat Kuala Lipis. Tak ingat masa tuh kol berapa. 8 lebih kot dan still kat Kuala Lipis. Lepas tuh redah lagi kawasan hutan. Dalam hati dok berdoa janganlah lalu Karak lama. Mungkin rezeki kalo lalu kan. Bila lagi nak lalu. Tapi macam tak sedia je. Sebab dah gelap... Huhuhuhuhuhu....

Lama pastu nampak signboard Karak Highway dan yeyyyyy.... Masuk Karak Highway. Takyah lalu Karak lama.... Sangat lega. Masuk highway memang nak sampai umah cepat jela rasa.

Sampai umah, tengok keta... Awat banyak semut itam nieh. Beso-beso ko. Barulah teringat kat Kalumpang kami parking bawah pokok. Mesti dia ingat keta kami umah baru dia. Lagi lah rasa macam marah. Dengan penat lagi. Basuh siki-sikit, then start moto g kedai makan. G makan kat D'Desaria kat Taman Medan tuh. Omangaihhh mahal melantun rege ko. Memang takmo jejak dah la kedai tuh. Bukan sedap pun. Sori la ea... Mintak sup cendawan, boleh tanya Mrs. Yan balik sup cendawan yang creamy tuh ke. Mula la nak buat muka udang kena bakar nieh. Takkan nak makan creamy mushroom soup ngan nasi. Kalo pizza tuh ada lah faedahnya. Sampai je kat kami bukan sup cendawan tiram yang macam biasa tuh... Cendawan butang yang dalam tin tuh derang potong-potong. Memang potong selera la tengok. Mintak siakap 3 rasa. Dia tanya, akak nak yang harga RM18 ke, tak abeh cakap Mrs. Yan dah potong... Ada lak harga macam tuh ke? Bagi jela yang RM18 tuh. Ingatkan yang sampai tuh besar lah ikan nya. Ghupenya yang hadooo.... Saiz ikan siakap tuh kalo kat Pasaraya Matahari baru RM5. Bukannya ko nak g tangkap ikan fresh pun. Makan tercekik-cekik rasa. Semua skali harga RM 43 lebih kot. Tambah lagi RM7, kitorang dah boleh makan mewah kat restoran Tanjung Karang tuh. Takmo g sana lagi.

Balik lepas makan tengok keta bersemut lagi. Bermulalah lepas tuh kerja kami asyik nak membunuh semut jer. Siap ada ratu dia lagi...bayangkan macam mana derang 1 hari je boleh menakluki keta kami.






Pengalaman turun naik Fraser Hill





 
Lepas balik dari Fraser Hill tuh baru Mr. Aid cite sebenarnya keta berat masa lalu kawasan hutan jalan balik. Sampai kena drop gear lah. Pastu terpikir macam mana Abang Mamat kata Abang Long bagitau dia ikut Raub, padahal Abang Long ikut signboard KL. Jumpa Kak Ngah, dia kata yang derang kena kacau tuh bukan kat Karak lama, tapi kat laluan Kuala Lipis.... Skali lagi paduan suara... HAAAAAAA!!!!!! 

-Thanks for reading- 

0 comments:

Post a Comment