Port Dickson Part 01 : Jalan Jammed ke port dickson

Karipap Apak Kiyau

 

Dah lama rasanya kami sekeluarga tak g bercuti bermalam, maknanya bukan balik hari. So, kali ni aku decide nak g Port Dickson. Tempat yang senang dituju dan tak jauh. Kami gerak hari Jumaat malam, sampai hari Ahad. Kira 2hari 2 malam la.

Kami gerak 2 kereta. Tapi malam tuh tak tau kenapa jalan sangat sangat jammed. Adik kata ada accident. Bertolak dalam pukul 9 malam, sampai PD dalam pukul 12 lebih jugak.

Kami decide tok berenti kat Petronas dekat dengan R&R Seremban. Memang banyak kereta benti, dah macam musim raya rasanya. 

Dah alang-alang benti, kami pun singgah kat motor Karipap Apak Kiyau. Pakcik ni dia jual karipap je kat atas motor. Karipap sardin RM1, karipap kentang RM0.60. Harga nampak macam mahal tapi saiznya besar. Karipap dia memang sedap. Inti semua cukup. Kulit dia pun lembut. Pakcik ni pun layan customer best.

 Lupa nak amik gambar bekas karipap pakcik nieh yang dah kosong. Adalah dalam 8-10 bekas kuning tuh.

Kami duduk kat Bayu Beach Resort Apartment je. Tu pun booking Apartment MBPJ. Sampai pun dah pukul 12lebih, kaum adam semua dah tak pikir panjang dah. Terus lena sampai ke pulau bantal. Tak sabar nak buat bakar-bakar esoknya :)

-Thanks for reading-

Comments

Popular Posts