24 October 2013

MyKAD Baru...

24 Oktober 2013

Assalammualaikum...

 
Dua minggu yang lepas (10 Oktober 2013), Mrs. Yan ngan Ms. Nisa terkedek-kedek melintas jalan dari MBPJ ke JPN tok buat IC baru. Alkisahnya sebab cip Mrs. Yan dah tak boleh baca (Payah deknon kalo nak kuarkan duit ASB... Wahahaha)... Tok yang part berlari terkedek-kedek tuh sila jangan ikut okkaip.
 
Ok, stop melalut sampai situ... Ni Mrs. Yan nak cerita proses buat Mykad...
 
- Selepas berlarian melintas jalan, ktorang naik ke Tingkat 1, Bangunan JPN, PJ... (Dekat ground floor JPN PJ adalah Bahagian Perkahwinan & Penceraian. Jangan gatai-gatai pi masuk sana naaa...)   
 
- Ktorang pandang kiri kanan nak tengok start dari mana. So ktorang ke Kaunter 1. Kat kaunter ni, nanti staf akan tanya korang nak buat IC ke nak amik IC. Derang akan bagi nombor giliran.
 
-Korang tunggu nombor korang dipanggil. Macam Mrs. Yan, Mrs. Yan kena pegi ke Kaunter 2. Depands la korang dapat kaunter berapa. Kat kaunter ni derang akan mintak IC dan print resit pembayaran. Korang akan buat pembayaran la kat sini. Untuk yang dah penah tukar ikut umur 18 tahun ngan 25 tahun, korang kena bayar RM10 je. Tapi untuk yang special macam Mrs. Yan, sebab masa umor 18 tahun tak tukar, 25 tahun pun tak tukar, kenalah RM60 termasuk kompaun. Kat bawah ni Mrs. Yan letak rate dan kompaun yang JPN tetapkan ok...
 

 

 

 Dikemaskini oleh JPN pada 24 Oktober 2013

 
 
 -Okkaip, da settle pembayaran, korang kena tunggu nombor giliran korang dipanggil sekali lagi tok ke Kaunter 15 @ Kaunter 16. Ni tok amik gambar. Kalo korang nak tengok muka korang ok ke tak lepas amik gambar pun boleh. Tapi kena sebelum derang save la. Mrs. Yan lupa hari tuh. Bila g balik, dia kata da save... Neves nak tunggu gambar macam mana... Dah la senyum lama. Ketaq-ketaq pipi aiii... Pastuh baru flash kuar... Cettt... 
 
Settle da proses nak buat Mykad korang. Senangkan... Lagi senang kalo korang g awal pagi macam ktorang. Ktorang g kol 8.30 macam tuh kot. Orang pun tak ramai lagi. Proses amik masa dalam 15 minit je. Seyess tak tipu.... Tapi bila pegi lambat tuh maybe lama la sikit kot kan sebab orang dah ramai...
 
Selepas 2minggu, maksudnya hari ni lah kan... Pepagi buta dah kol JPN tanya Mykad da siap ke belum... Yesss, dah siap. Ktorang pun terkedek-kedek la melintas jalan ke JPN lagi.

 
 Cukup la kot kan info tok buat Mykad ni kan... So korang pun boleh la tukar kalo ada yang tak tukar lagi tuh kan...
 

 New Mykad - Bapak bughok gilerrr... adeyyy...
 
*Kalo nak ikut rate kompaun, Mrs. Yan kena bayar RM90. Tapi dalam resit kena bayar RM60 je... Ada diskaun lettew... Huhuhuhu....
 
-Thanks for reading-
 

 


0 comments:

Post a Comment