24 January 2014

Formula Mengira Dividen dan Bonus ASB


Assalammualaikum...
 
Amacam semua... Dah update Buku ASB masing-masing? Mrs. Yan dah update dan memandangkan Mr. Aid penah cakap derang ada kiraan untuk bagi dividen kat kita, maka Mrs. Yan pun meng'google' untuk tengok balik betul ke tak apa yang Mr. Aid cakap.
 
Dan jawapannya ternyata:
 
Kalo ekau baru masukkan RM10,000.00 masa hujung bulan November la contohnye kan (sebab biasanya closing untuk masukan ASB adalah pada minggu ke-2 bulan Disember), pastu ikut lak rate dividen tahun ni 8.7% ekau jangan mimpilah nak dapek dividen RM870.00 yo... Dia ada kiraan dia. Jadi jangan tetiba ekau mengamuk kek kaunter tuh sebab ekau tak dapek RM870.00 tuh yo... Hahahaha...
 
Sebabnya derang ni lagi pandai dari kita. Dah kata derang ni keja dengan duit kan. Tak aci la kalo korang hujung tahun baru terhegeh-hegeh nak masukkan RM10,000.00 korang tuh secara lump sump, tetibe korang nak dapat dividen sama banyak dengan orang yang dah menyimpan dari awal tahun, tak keluar-keluar duit derang kan... Tak gitu...
 
Ok, lets check it out:
 
(Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, Mrs. Yan tak ubah satu patah perkataan pun dari ayat kat bawah ni.)
 
 

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Baru-baru ini saya menghantar satu email kepada pihak ASNB untuk bertanyakan bagaimana dividen & bonus ASB dikira. Berikut adalah jawapannya:
 

Tuan/Puan,

Kami dengan hormatnya merujuk kepada emel tuan/puan mengenai perkara di atas.

Untuk makluman, pengagihan pendapatan dan bonus (jika ada) akan dibayar melalui pelaburan semula ke dalam akaun ASB pada 1 Jan setiap tahun. Berikut adalah disertakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk makluman tuan/puan:-

(a)Pengagihan Pendapatan

Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01 haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan dikira untuk bulan ke hadapannya.
 
Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2011:-
 

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2011 hingga Disember 2011 x KADAR
                      12 Bulan

BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
 
•Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2011 sehingga Disember, 2011 (12 bulan).
 

•Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum tahunan.
 
•Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan pendapatan yang diisytiharkan.
 

(b)Bonus

Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.
 
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2011:-

Jumlah *BMB dari bulan Januari 2002 hingga Disember 2011 x KADAR
                    120 Bulan
 
•BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb hingga hujung bulan bagi setiap bulan
 
•Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 2002 hingga Disember 2011 (120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan 120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
 
•Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang diisytiharkan.



 

Sekiranya tuan/puan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000/2057 3111 atau layari laman web kami di www.asnb.com.my.
 

Sekian, terima kasih.
 

Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220
 
 

KOMEN *ADMIN:
 
Daripada email di atas, kalau nak dividen dan bonus dikira bagi simpanan kita untuk satu-satu bulan, pastikan anda masukkan duit ke dalam ASB anda pada 1hb setiap bulan dan JANGAN keluarkan sehinggalah hari terakhir pada bulan tersebut. Jika dikeluarkan jugak, maka dividen bonus hanya akan dikira berdasarkan baki terendah pada bulan tersebut!
 

Contohnya:
 

31 Jan - Baki dalam ASB 2000.00
 

1 Feb - Masuk RM1000.00

Jika tiada pengeluaran dibuat sehingga 29 Feb 2012, maka jumlah RM3000 akan dikenakan bonus.
 

Jika pada 7 Feb - Keluar Rm1000.00, maka baki RM2000 sahaja yang akan diberi dividen & bonus.
 

Apa jadi kalau pada 9 Feb, kita masukkan RM3000.00 pulak?
 

Memandangkan baki terendah ialah RM2000, maka HANYA RM2000 sahaja yang akan diberi dividen & bonus
 
*Admin adalah merujuk kepada http://www.cikguemas.com
 


-Thanks for reading-





0 comments:

Post a Comment