26 February 2013

SABA Restaurant, Cyberjaya

Restoran Arab Feveret Kami

 

Family Mrs. Yan memang suka makan makanan arab especially abah. Kambing memang feveret dia. Kalau tengok dia makan, memang selera giler and dia dah tak sembang ngan kami kalau nasi ni depan mata dia.

Sebelum Saba Restaurant nieh, kami sekeluarga suka makan kat Ar-Rawsyah, Jalan Damai, Ampang. Kalau g sana pun kebanyakan kita boleh tengok ramai orang Arab datang makan kat sini. Portion dia pun standard orang Arab punya makan. Tapi 2 tahun lepas rasanya bila kami g, restoran ni dah pindah. Ada review yang kata Ar-Rawsyah yang baru dah tak best macam masa kat Jalan Damai.

So, kami pun decide tok tukar port makan nasi arab. Ramai sebenarnye yang dah tau pasal Saba Restaurant, Cyberjaya ni. Kami slalu amik lamb khabsa and rasa dia lebih kurang Ar-Rawsyah cuma portion dia biasa-biasa standard perut orang kita, still kenyang. Tapi abah akan amik large tok dia sorang n dia sanggup kuar duit blanja kami. Hahahahaha...

Kami ni sebenarnya 5 beranak je. Masuk sorang ahli baru, Mr. Aid, jadilah 6orang. Kali ni kami makan untuk 9 orang. Sorang kawan adik, lagi 2 orang anak yang mak aku jaga dari si abang lepas pantang, da sama tinggi dengan aku sampailah adik dia darjah 2 sekarang. Kami da anggap derang ni macam family sendiri da.

Biasanya kami akan call untuk buat reservation dulu sebab nak g ramaikan. Takmo lah makan asing-asing. Kalau rasa nak g dinner kat sana, petang tuh boleh la kol kat no ni : 03-8320 2544.

Alamat Saba Restaurant ni 4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyberjaya, 63000 Selangor. Nak bagi direction tak reti sebab jalan dia macam pelik. Ahaks...





Menu




 Corak kat atas 'i' tuh da cantik tapi nama saya Mazian lorrh abang amik booking


 2 beradik, Along n deqbal


 Nazrol (kawan Dayah), Dayah (my adik yang bongsu), Iwan (my adik bawah aku)


Lamb Khabsa

Lamb Hanith


  




-Thanks for reading-


0 comments:

Post a Comment