29 May 2017

Cara Tanam Petgrass

Assalammualaikum...

Korang tau tak petgrass ni apa?
Rumput ni untuk kucing keluarkan hairball yang ada dalam usus derang.
Mrs. Yan tau pasal rumput ni pun bila bela si Fluffy.
Bila dah bela awal-awal dulu, rajin lah search internet pasal kucing. Macam mana nak bela, vaksin kat mana, veterinar yang ok, cara sunatkan kucing, sampai lah kebaikan petgrass ni untuk kucing.

Okkaip, kalo hairball xpun gulungan bulu la dalam Bahasa Melayu ni banyak dalam perut kucing, lepas je kucing makan petgrass ni, nanti kucing boleh muntahkan hairball tu... Paham dak 😅 Bila kucing dah muntahkan hairball tuh, lega la perut dia. Lagi-lagi kalo kucing korang jenis yang suka jilat bulu.
Bukan untuk kucing je, anjing pun boleh makan rumput ni.

Tak susah pun nak tanam rumput ni. Dalam seminggu macam tu kucing da boleh jadi kambing da 😀😀😀
Stok rumput ni Mrs. Yan beli dari Kak Haniza (fb: Wan Nor Haniza).
1 pek tu kalo tak silap RM8.00 kot... Tak termasuk pos.



 Organik petgrass. 
Mrs.Yan pakai bekas biasa je. Ni Mrs. Yan nak pakai bekas rumput yang sama untuk tanam rumput baru.

 Sebelum ni dah tanam dalam bekas ni, kalo nak tanam kali ke-2, kita kena gembur balik tanah, buang akar-akar lama. Tanah ni still boleh guna lagi, so takyah buang okkaip.

 Tabur biji benih pada tanah yang dah digembur.

Kambus biji benih tu dengan tanah.

 Siram air. Make sure jangan letak air banyak sangat. Bagi lembap-lembap je. Cek air tiap-tiap hari. Bese hari ke-3 rumput dah start bercambah dah.

 Jangan pelik, memang bekas lain, ni bukan magik. Ni stok rumput yang ada kat umah ni... Takyah tanam banyak-banyak Membazir je. 

Guna botol air je. Kitar semula 😁😁😁 Make sure bawah botol tu tebuk dulu. Kalo tak tebuk pun takpe, tapi air xleh siram banyak-banyak.

Motif??? 😅😅😅

Tempat favourite si Fluffy



-Thanks for reading-


with love,
Mrs. Yan

0 comments:

Post a Comment