Part 3 : Bercuti Ke Pulau Redang

Assalamualaikum...


Ok korang, part 3 ni nak share pasal experience masa ktorang snorkeling dekat Pulau Redang. Sebelum tuh, korang boleh klik dekat Part 1Part 2 kalo korang nak baca part Bercuti Ke Pulau Redang yang sebelum nieh.

Aktiviti snorkeling ni lah yang paling orang tunggu-tunggu kalo p pulau. Boleh tengok ikan, tengok coral. Mrs. Yan pun heksited jugak walaupun realiti kehidupan ni Mrs. Yan seorang yang tak pandai berenang 😅 So korang kalo teringin nak p snorkeling tapi takut sebab tak pandai berenang, korang jangan risau... Jap lagi Mrs. Yan share experience 😂

Ktorang sampai pulau redang dalam pukul 11 lebih. Kira perjalanan feri tu dalam sejam lebih ke 2 jam gitu lah. Check-in, rehat-rehat jap, lepas tu lunch. Ktorang memang kejar untuk sampai pulau sebelum lunch sebab takmo terlepas 1st trip untuk snorkeling petang tu.

Lunch dalam pukul 12 cenggituh. Lepas je makan, terus gatai nak jalan-jalan tepi laut walaupun matahari tercacak atas kepala 😅 Balik bilik, rehat-rehat jap. Pukul 2 petang macam tu, staf chalet akan panggil sape yang nak p snorkeling... Maka bermula la episod perempuan yang tak reti berenang dengan aktiviti snorkeling 😆

Ok, lupa nak bagitau. Lepas tragedi hilang arah beramai-ramai masa kat Pulau Pangkor, Mrs.Yan tak pernah lagi p snorkeling. Cerita dia start bila Mrs. Yan p bercuti dekat Pangkor dengan kengkawan sekolah. Ramai pegi. Dalam 7 kereta kot masa tu. Lama dulu dah. Masa island hopping, budak-budak lelaki semua dah berseronok berenang, yang geng-geng perempuan satu group ni over heksited masuk laut, sedar-sedar dah ke tengah laut. Jauh weyh dari pantai. Ingat lagi punca dia si Shahril la. Acah-acah jadi coach hari tu, 'jom girls kita pegi jauh sikit'. Jauh sikit, jauh sikit, sedar-sedar ke tengah.  Kami semua tak pandai berenang okkaip. Nasib baik berenang menghala ke geng-geng lelaki nieh. Bebudak lelaki dah try tiup wisel tapi macam tak function. At last, bebudak lelaki terpaksa buat misi menyelamat duyung-duyung kelemasan. Derang kena bawak sorang demi sorang ok duyung-duyung ni. Duuyung-duyung lain maybe macam cuak sangat kot. Mind set tu dah pikir jauh sangat dari pantai, lepas tu derang try berenang tapi macam tak gerak. Masa tu zaman bercinta dengan Mr. Aid. Dia pun dah sebok jadi ahli penyelamat dekat situ. Kalo nak tunggu dia tak tau bila boleh sampai pantai. So, kami yang rasa still boleh survive ni try la berenang sendiri ke pantai. Mujur pakai life jacket je masa tu. Bila dah nak sampai pantai, nampak la si Shahril ni acah-acah bagi kata-kata semangat dekat duyung-duyung kelemasan ni berenang sampai ke pantai. Bila masa dia sampai pantai pun aku tak tau. Hangin aku bila teringat 😅 Kalo tak, femes ktorang masuk tv. Lemas beramai-ramai di Pulau Pangkor. Tapi best kenangan masa tu...  Masa p Krabi pun tak turun snorkeling. Join trip je. So ni kira 1st time nak beranikan diri turun snorkeling. 


1st trip. Bot ni jauh dari pantai. Untuk orang yang pendek nieh + tak pandai berenang ni memang rasa nak menyumpah lah 😅 Bila kaki tak jejak pasir tu da rasa macam serius lah weyh. Lesson 1 : Relax 😜 

  
 Learn from lesson : Nampak relax kan 😂 Takleh blah.

Sampai je dekat tempat snorkeling, debor dah nieh... turun je bot, kalut tetibe hayun kaki tapi badan tak gerak 😂 Macam-macam hal. Nervous weyh.

Skali bila dah pakai snokel, masuk dalam air, MasyaALLAH... Dalam giler 😂😂😂 Tapi cantik. Siyes cantik. 1st time snorkeling, dapat tengok coral cantik, kurang rasa takut. Macam tu rupanya coral. Besar-besar kot. So, korang yang tak pandai berenang, kena blaja relax. 

Lesson 2 : Enjoy your view 😅




 Relax & happy kan. Kejadian lepas terkangkang sebab nak balance kan badan. Sedar-sedar kaki aku boleh muncul atas air... Ko dah kenapa 😂 Macam-macam hal weyh. Mr. Aid tu memang tak boleh jauh.



 Cantek kan 😍

 Staf chalet ni hebat giler korang. Derang boleh menyelam macam tu je. Sporting abeh.

 Abeh dah 1st trip p snorkeling. Apa yang Mrs. Yan boleh cakap, 1st trip Mrs. Yan; FAILED 😆 Tapi takpe, kita boleh repeat lagi. Terus heksited nak berendam lagi petang tu.



Petang tu, ktorang sambung berkubang dekat laut depan chalet. Bawah ni gambar masa ktorang berenang kat depan chalet. Dekat sini pun dah ada ikan. Cetek sikit dari tempat snorkeling. Confident la kan. Cantek kan 😍







Hari kedua, pagi, ktorang pegi Marine Park. Sebelum boleh berenang, staf akan bagi safety briefing dulu. Dia ada sempadan yang kita boleh berenang. Jangan sampai masuk dalam 'highway'. Highway tu tempat kapal lalu lalang.




 Coral ni tajam ok korang. Siyes tak tipu... Sedar-sedar kaki luka... Naseb baik takde pirana dalam ni 😝



Lepas abeh snorkeling dekat Marine Park, ktorang balik chalet, lunch. Petang tu ada last trip snorkeling. Rugi kalo tak join. Owh, Mrs. Yan pun dan improve dari 1st snorkeling walaupun kalut tu kengkadang datang 😅 Port snorkeling yang petang tu sama macam masa 1st snorkeling. Maksudnya air dalam giler. Tapi rasanya coral kat sini lagi besar-besar. Tak banyak pun amik gambar kat sini. Last trip kan, so rasa nak enjoy view je.





Oklah, sampai sini jela pasal Pulau Redang. Tahun depan nak repeat lagi. Hope korang enjoy. Lepas ni kita cerita pasal hotel dekat Kuala Terengganu pulak. Till then, daaaaa 🙋🙋🙋


-Thanks for reading-

With Love,
Mrs. Yan

Comments

Popular Posts