Part 1 : Bercuti Ke Pulau Redang
Assalammualaikum...
Finally yeyyy π
Finally dapat gak merasa p Pulau Redang...
Finally sempat jugak update dalam blog... Wehuuu... Tapi PART 1 la π
Okkaip, first of all, plan nak p Redang ni lama dah. Tapi tahun ni baru dapat rezeki nak p. Ktorang booking flight dari bulan November 2017 lagi. Tak sure murah ke tak, tapi sebab still under bajet, ktorg on je π
Total untuk tiket = RM339.84 untuk 2 orang. Harga tiket dah termasuk checked baggage untuk 20kg return untuk sorang dengan travel insurans untuk 2 orang.
Ktorang pilih bulan Julai untuk p Pulau Redang sebab biasanya air cantik time nieh & hopefully memang cantik. So, ktorang plan p dari 4 Julai 2018 sampai 6 Julai 2018 (Pakej 3h2m) & 6 Julai 2018 - 7 Julai 2018 (2h1m) plan nak lepak kat Kuala Terengganu.
Sambil-sambil nak ke bulan 7 tu, boleh la survey pakej Pulau Redang. Ktorang decide duduk kat Redang Lagoon Chalet. Amik pakej ni dari Cuti Holiday, Mrs. Yan deal dengan Myza (0189164089).
Harga pakej untuk 3h2m; Redang Lagoon Chalet ni RM296.80/orang. Murah sangat dah nieh sebab pakej ni dah termasuk:
i. Tiket feri pergi balik Kuala Terengganu - Pulau Redang - Kuala Terengganu
ii. 2x sarapan, 2x Lunch, 2x minum petang, 1x dinner & 1x BBQ.
iii. 3x snorkeling trip
iv. 2 malan penginapan
Harga pakej nieh tak termasuk:
i. Tiket masuk ke Marine Park RM5/adult, RM2/child
ii. Sewa peralatan snorkeling.
Pejam celik pejam celik, sampai lah 3 Julai 2018 π
Mintak tolong Dayah anta sampai KL Sentral. Ktorang amik tiket last ke KLIA 2 pukul 12 tengah malam. Dapat naik bas awal, pukul 11.30 malam. Takleh imagine nak lepak kat airport sampai ke pagi π
Flight ticket kami pukul 6.10 pagi. Memang ktorang amik awal pagi sebab heksited nak sampai awal kat Pulau Redang. Pukul 7.10 pagi ktorang sampai Kuala Terengganu, cari GRAB untuk ke Jeti Shahbandar. Jarak dari airport ke jeti dalam 20-30 minit macam tu harga dalam RM12.00...
Lemau weyh nak tunggu sampai ke pagi.
Untung derang nieh... Memane pegi derang ada π
Takleh blah sangat dah rasa lemau nieh - favourite moss π
First time dapat turun sini πππ
Semua tak tentu arah dah... Masing-masing pakat keluar henponπππ
Sampai je kat Jeti Shahbandar, memang dah xleh blah giler dah... Mr. Aid tanya, takmo amik gambar ke? Memang xde koser dah nak pegang henpon. Jadinya, takdelah gambar kat kaunter jeti ye.
Lebih kurang seminggu sebelum tarikh bercuti, travel agent (Myza) ada whatsapp untuk mintak nama penuh dengan no. i.c. Dekat tiket feri kita nanti memang akan ada nama dengan no. i.c kita.
Kaunter untuk pakej Redang Lagoon Chalet ni sebelah je dengan kaunter untuk beli tiket Taman Laut (Marine Park). Kita redeem tiket kita kat situ. Lepastu kita kena bayar lagi RM5/sorang untuk tiket Taman Laut. So, takyah dah la beratur dekat kaunter Taman Laut tu. Lepas bayar, kita akan dapat tiket feri pergi balik, pas waktu feri (warna pas ni berbeza ikut waktu perjalanan, kita akan pulang balik pas ni sebelum kita keluar untuk pergi ke jeti), tag untuk letak dekat bag (Dia akan tulis nama chalet kita. Incase kalau ada beg tersalah hantar ke, derang tau la kita duduk chalet mana) & tiket ke Marine Park. Settle semua, dia akan suruh kita tunggu kat ruangan menunggu. Menunggu lak kita kat situ sampailah feri sampai...π
Feri ni under Sejahtera Ferry Services. Feri bergerak 3 kali sehari dari jeti Shahbandar ke Pulau Redang; pukul 9.00 pagi, 10.30 pagi & 3.00 petang. So korang boleh pilih bila korang nak gerak.
Tiket feri
Feri ni campur untuk semua chalet
Jeti Shahbandar
Future attraction dekat Kuala Terengganu. KTCC Drawbridge
Kat atas nieh ada gambar feri kecik kan (feri ke π) Okkaip, dari feri besar tu, kita kena tukar naik feri kecik ni pulak. Feri besar tak boleh sampai ke pantai sebab dah cetek. Satgi tak pepasal ada acara menolak feri berjemaah kang π
. Feri kecik tu akan bawak kita sampai la ke pantai. So, jangan risau, korang takkan basahπ
So, total semua untuk 2 orang;
flight ticket + pakej Pulau Redang + GRAB;
RM339.84 + RM593.60 + RM12.00 = RM945.44
Sampai sini jela dulu ea. Penat dah menaip π Next, insyaAllah Mrs. Yan share pasal Redang Lagoon Chalet, snorkeling trip & hotel masa kat Kuala Terengganu. Daaaaaaaa πππ
-Thanks for reading-
With Love,
Mrs. Yan
Comments
Post a Comment