Port Dickson Part 05 : Dinner @ Medan Ikan Bakar MPPD
Hj Fared Bin Hj Masrom
Haaaa... sape Hj Fared Bin Hj Masrom nieh...? Bukan main lagi entry pasal dia kan... Dia ni lah owner kedai makan SAMUDRA Ikan Bakar. Lokasi restoran ni di Medan Ikan Bakar MPPD. Jarak dalam 10km dari Bayu Beach Resort . Direction nak ke tempat ni pun tak susah. Memang ada signboard untuk ke sini. Jalan dia pun memang lurus je, lepas tuh masuk kiri, tempat ni kat belah kanan kita nanti. Senang je (sebab Mrs. Yan jenis buta jalan gak). Excited sebenarnya nak dinner malam ni sebab dah baca banyak review pasal restoran yang best kat PD. Ada yang kata makanan kat PD takde yang best. Survey punya survey, Mrs. Yan banyak baca pasal Restoran SAMUDRA nieh. Confident nieh nak g. Memang macam orang tau jalan lah. Sampai je kat tempat ni, Iwan tanya :
Iwan : Ko penah g sini ke kak?
Mrs. Yan : Tak
Iwan : Abeh ko macam confident jer.
Mrs. Yan : Aku baca kat blog derang kata sini best
Iwan : Ntah-ntah restoran kat atas tuh tak (D’Terapung)
Mrs. Yan : Derang tulis dalam blog kata restoran tuh kureng tapi rege mahal.
Hohohohoho...
Ni lah tempat tuh. Kalau tengok kat bahagian dalam, SAMUDRA Ikan Bakar kat belah kiri.
Memang seronok memilih la.
Menu kami malam tuh :
1) Nasi untuk 6 orang makan
2) Ikan Kerapu separuh masak 3 rasa, separuh masak stim
3) Ikan pari bakar - 2 bahagian
4) Sotong goreng tepung - 2 bahagian
5) Pepahat masak sambal
6) Kailan ikan masin - 2 bahagian
7) Air tembikai – 1 jug
8) Air epal – 1 jug
9) Air suam – 1 jug
Ikan Kerapu kami mintak masak stim tapi kami nak kuah masak 3 rasa. Memang macam pelik menu tuh kan tapi kami pernah makan kat Penang. Memamg terbaik. Tapi yang kami dapat, separuh ikan masak 3 rasa, lagi separuh ikan masak stim. Hohohohoho.... Masa pelayan hantar ikan masak 3 rasa, kami semua pelik kenapa ikan ni kecik. Mana lagi separuh ikan. Hahahahaha… Rupanya ter’misunderstood’ masa amik order kot. Tapi bagus gak sebab kami boleh rasa dua-dua masakan sekali. Masak Stim – Biasa-biasa je. Kalo masam lagi, pedas lagi, lagi sedap kot. Huhuhuhuhu… Masak 3 rasa – Sedap. Ikan die goreng garing tapi tak kering. Isi dalam dia lembut je. Kuah dia pun sedap. Bagi aku kalau lain kali makan kat sini memang nak order lagi.
Ikan pari kami bakar je. Unik sebab ade petai. Tapi tak berapa nak unik la bagi yang memang tak makan petai kan. Bagi aku, aku suka je. Sotong goreng tepung ni memang biasa la kan. Senang nak order. Kami amik dalam 6 ekor. Besar-besar sotong dia. Sambal untuk pepahat pun memang ada rasa. Overall, semua makanan and air ok. Just nice. Boleh mengulang makan kat sini next time.
Kailan ikan masin, separuh kerapu masak 3 rasa, separuh kerapu stim. Hohohoho...
Signboard & pari bakar
Penuh meja dibuatnya
Dayah & ma
Abah, Iwan, & sotong goreng tepung
Perut pun dah kenyang, time nak bayar rupanya Mr. Aid dah dulukan duit dia. Kami memang plan bertiga nak tong-tong bayar untuk dinner sebab bajet macam mahal sangat kan. Tapi bila tengok resit, total semua sekali RM 174.00. OMG OMG OMG…. Sangat sangat sangat murah bagi kami sebab hidangan untuk 6 orang dewasa. Confirm akan pergi lagi nanti. Insya-Allah...
Ralat sangat memilih sampai lupa nak amik udang. Derang kata butterprawn kat sini sedap. Rasanya tengok derang ni semua makan macam puas la.
Lastly... kami
-Thanks for reading-
Alhamdullillah
ReplyDeleteTerima Kasih kerana ulasan .......
Hj Fared Masrom
Sme2 Tn Hj Fared Masrom
ReplyDeleteTerima kasih atas servis yang pantas dan Makanan yang sedap :)
Tak same ke dgn yg d apung kat depan tuh..kami terkejut bl bayar 800++ bl nengok bil udang 1.5kg masak butter dgn bakar harge rm270..tobatt mak takkan g sini lg
ReplyDeleteTak sama... Kalo tengok restoran d'terapung tuh kan macam cantik... So kita yang duit tak berapa nak cantik ni memang taknak g sana...tapi tak sangka lak harga dia mahal sampai macam tuh skali kan... Len kali kalo g PD, try pulak kat restoran samudra ni ok :)
ReplyDeleteslm..nak tanya...samudra boleh cater utk makan dlm 50 org tak? trip kami nak ke sana 9hb November ni....dah tgk sume tmpt makan mcm tak best je..plus mkn dgn family sebelum2 ni, nasib selalu tak baik..dpt tmpt mkn tk best utk dinner...kalau ade, nak mintak no. owner utk arrange menu.. :) tQ
ReplyDeleteW'kumsalam Az Niz... Cuba call no ni ea... Hj. Fared : 017-747 5010. Derang memang boleh terima tempahan max dalam 120orang kalo tak silap. just nak kena tengok tarikh still available ke tak je okkk.. :)
ReplyDeleteSalam. Hee nampak menyelerakan.
ReplyDeletew'kumsalam tiga lalat... mmg menyelerakan... slagi rasa n harga berpatutan, kalo p pd mmg p sini jela... this year xtau ble nk g sne :) slmt berkenalan tiga lalat. :)
ReplyDelete