Menu : Paprik Kicap

Assalammualaikum...

Hari ni Mrs. Yan nak share resepi paprik kicap. Disebabkan Mrs. Yan adalah sejenis yang malas masak, so kalo boleh masak 1 menu je... Janji ada sayur. Bukan apa, nak makan 2orang je... Asal dapur berasap oklah... Jadinya, jomlah kita beramai-ramai memalaskan diri... 😀

p/s: Resepi ni asal campak je ea... Takde nak sukat-sukat & ikut pada selera Mrs. Yan 😜



Rencah paprik ni simple je; Serai, daun limau purut, cili api, bawang merah, bawang putih.

Panaskan minyak sikit, tumis rencah tadi.

Korang boleh potong macam mana cara yang korang suka. Mrs. Yan suka potong serai & cili api tu halus-halus. Hat yang luar serai tu je potong panjang-panjang macam tu...

 Cendawan shitake. Nak letak cendawan jenis lain pun boleh... Nak letak lebih dari satu jenis cendawan lagi best.

 Cendawan ni Mrs. Yan bese goreng dulu untuk keringkan air dia. Lepas tu letak garam & blackpepper.

 Kobis bunga & carrot

 Disebabkan carrot tu keras, so masuk carrot dulu. Sape yang suka kobis bunga tu lembut je bila makan bolehlah masukkan time nieh...

 Guna 2 ni je. Sos tiram & kicap manis. Apa-apa brand pun takpe... Sebelum ni pun belasah je jenama apa pun.

 Lepas masuk carrot & kobis bunga, korang masukkan air, masukkan sos tiram.

 Terus masuk kicap. Lagi pekat lagi bagus 😋

 Tomato

 Terus masukkan tomato. Mrs. Yan suka masuk tomato awal-awal. Biar dia lembut.

 Kacang pis.

 Jagung muda.

 Masukkan kacang pis

Sebelum terlupa, masukkan blackpepper

 Jagung manis

Bersihkan Udang & sotong. Ikut koranglah nak letak apa pun... ayam boleh, daging boleh... Tapi bese kalo ayam & daging Mrs. Yan tak letak sos tiram.

 Kejadian bila dah siap... Mrs. Yan suka kuah dia pekat. So, boleh bancuh tepung jagung dengan air biasa. Sebelum tutup api boleh curah je bancuhan tepung jagung tu. Ikut la pekat mana korang nak. Dah tu, letak garam dengan cendawan shitake yang dah goreng tadi.

Regards,
Mrs. Yan


-Thanks for reading-


Comments

Popular Posts