Menu : Kerabu Suhun
Assalammualaikum...
Kali nieh Mrs. Yan nak share macam mana nak buat kerabu suhun (soo hoon, sohhoon & macam-macam lagi la ejaan). Resipi ni simple je. Sesuai untuk orang yang malas masak macam Mrs. Yan 🙈 dan yang paling bestnya, bahan yang sama, boleh buat dua menu; kerabu suhun & kicap cicah untuk ikan kembung rebus.
p/s: Resepi ni asal campak je ea. Takde sukatan tertentu. Ikut selera masing-masing nak pedas ke, nak masam, ikut lah ea 😀
Bahan-bahan: Suhun, bawang besar, cili api, ikan bilis, bunga kantan, tomato, limau kasturi, garam.
Suhun rendam dulu, lepas tu rebus kejap janji lembut.
Kantan
Bawang merah
Tomato
Cili api
Limau kasturi; amik air dia je.
Ikan bilis. Kalo dapat yang kecik-kecik hat mata biru tu lagi best. Kalo takde takpe, jangan kemurungan ea... Ikan bilis yang ada tu kita cincang kasar-kasar cenggini lepas tuh goreng. Minyak goreng ikan bilis ni jangan buang. Kot-kot la nak letak kat suhun tu sikit nanti.
Campur semua bahan.
Gaul dengan suhun yang dah rebus tadi.
Perahkan limau kasturi
Masukkan garam & gaul sebati. Nak letak minyak goreng ikan bilis tadi pun boleh. Tapi sikit je.
Boleh letak dalam bekas bertutup, simpan dalam peti sejuk. Bolehlah tahan dalam 2 hari cenggitu.
Siap 😍
Okkaip... Siap 1 menu. Tapi, untuk menampakkan korang rajin, dengan bahan-bahan yang sama jugak, korang boleh ubah sikit jadi kicap untuk cicah ikan goreng atau ikan kukus. Amazing ke tidakkkk... 😀
Dalam bekas yang lain, campurkan bunga kantan, bawang besar, cili api dengan tomato.
Perahkan limau kasturi
Letak kicap manis
Letak gula kabung. Nampak tradisional sikit. Hahahaha... Nak pakai gula biasa pun boleh.
Kalau kicap tu pekat sangat boleh la tambah air sikit.
Siap 😉
Tadaaaa... Terus boleh dapat 2 menu... Hikhikhik 😋
Regards,
Mrs. Yan
-Thanks for reading-
Comments
Post a Comment