Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014

Kesenian Rakyat / Folklore Festival
 
 
 
Assalammualaikum...
 
Hari ada masa lagi beberapa minit sebelum balik keje... So Mrs. Yan ingat nak promote aktiviti tahunan yang akan diadakan di Petaling Jaya iaitu Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 ataupun PJ International Fair 2014.
 

PJ International Fair 2014 - Folklore Festival

 
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festivals and Folk Arts, (CIOFF) akan menganjurkan PJ International Fair 2014 Folklore Festival bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-8 dinaikkan taraf sebagai sebuah bandar raya.
 
Festival kesenian antarbangsa ini melibatkan penyertaan kumpulan kebudayaan dari dalam dan luar negara seperti Indonesia, India, Mesir, Sri Lanka, Iran, Senegal, Korea, Thailand, Kenya, Bangladesh, Ghana, Jepun dan Nigeria serta tidak ketinggalan kebudayaan tempatan Malaysia.
 
PJ International Fair 2014 yang bertemakan Kesenian Rakyat merupakan kesinambungan kepada edisi pertama 2013 yang dikenali sebagai “PJ International Fair yang bertemakan Sustainable Lifestyle Green Living” yang telah berlangsung pada 21 dan 22 Disember 2013.
 
PJ International Fair 2014 Folklore Festival akan menampilkan acara-acara menarik yang dipersembahkan oleh negara-negara yang mengambil bahagian dengan menampilkan 4 segmen utama iaitu persembahan kebudayaan rakyat, sukan rakyat, demonstrasi masakan tradisional, pameran dan jualan barangan kraftangan.
 
Festival ini antara lain bertujuan untuk mempromosikan Bandar raya Petaling Jaya khususnya dan Negeri Selangor serta Negara Malaysia amnya sebagai sebuah destinasi antarabangsa yang berdaya huni melalui keharmonian budaya, ciri-ciri persekitaran terbaik dan aktiviti-aktivitinya yang menarik.
 
Saksikan keunikan kesenian rakyat antarabangsa di Petaling Jaya, Malaysia. Kami mengalu-alukan kehadiran anda - MBPJ.

Tuh baru mukadimah ye... Mrs. Yan copy paste je dari laman web petalingjayafair - http://petalingjayafair.mbpj.gov.my/bm/
So korang takyah la bangga sangat macam Mrs. Yan ni hebat menaip yo... Hahahaha... Ok, Untuk pengetahuan korang, festival ni akan berlangsung dari 17 - 22 Jun 2014. Ada macam-macam aktiviti yang akan diadakan.
 


Aktiviti yang akan dijalankan
 
 


Ada Travel Fair tau... Ala-ala Matta Fair gittew... Sunken Plaza ni kat bahagian bawah Menara MBPJ
 


 


So, kalo korang nak lagi apa-apa into pasal festival ni, jangan segan silu la refer detail kat bawah ni ye:

Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Jalan Yong Shook Lin
46675 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603-7956 3544
Fax: +603-79581494

-Thanks for reading-

Comments

  1. Terima kasih kami ucapkan diatas mempromosikan Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2014 :-)

    ReplyDelete
  2. Salah satu effort yang saya boleh buat as a mbpj's staff :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts