Restoran Aroma Hijrah, Shah Alam

15 MEI 2014
Assalammualaikum...

Hari ni Mrs. Yan nak cerita pasal nasi arab lagi. Kalo da memang favourite makan nasi arab tuh kan, semua tempat nak cuba. Jumaat ntah berapa haribulan ntah, Mrs. Yan ngan Nisa plan nak makan mee udang kat Salleh Stall Port Weld, Oasis Ara Damansara. Nak dijadikan cerita, punyalah kami ni menawaf keliling Oasis tuh tapi tak jumpa. Rupa-rupanya tempat dia agak tersorok pastu lagi sedey sebab restoran tuh dah tutup... Kesian kat kami ni... Kempunan nak makan mee udang yang ada udang besar-besar.

End up kami gi ke Shah Alam sebab time tuh ada pameran hiasan rumah kat Stadium Melawati. Tapi sepanjang dalam keta tuh dok bincang-bincang nak g pameran tuh ke tak. Sampai simpang kat Politeknik Shah Alam, Mrs. Yan teringat pasal Restoran Aroma Hijrah kat TTDI Jaya. Dari gi pameran tapi taktau nak beli apa bek kami gi makan... Huhuhuhu...

Mrs. Yan tak berapa ingat jalan tapi boleh la kalo nak redah... Sebelum ni penah g ngan family Mr. Aid. Naseb bek tak sesat... Kuikuikui... Sampai-sampai je tengok kat buku menu derang tutup time Solat Jumaat. So kena la makan cepat-cepat... Hahahaha... :)

 Deko dalam kedai... Ktorang duduk kt tempat bersila :)

Menu yang ada... Banyak choice dia kan :)

Mrs. Yan ngan nisa, Lamb kabsa

Kami amik medium lamb kabsa hari tuh kalo tak silap. Hebat tak 2 orang makan sedulang. Daging dia tak berapa banyak tapi cukup lah kalo nak abehkan sedulang ni... Kuikuikui... Overall sedap la dia punya kabsa. Sebab tuh berani nak suggest kat Nisa. Kalo rasa malas nak ke Saba Restaurant ke, nak ke Al-Rawsha yang jauh tuh, korang boleh gi Restoran Aroma Hijrah ni. Serius not bad. Rasa-rasa korang ktorang abeh tak makan ni :)








Tada... Muka Nisa semangat nak abehkan sedulang nasi


 Habis sedulang ko... Hebat tak hebat la makan berdua kan...


Tokeyy kedai yang Mrs. Yan lupa nak tanya nama :) Senyum je pakcik ni. Masa Mrs. Yan makan ngan family Mr. Aid, kami sempat jumpa wife pakcik ni... Ramah je siap tegur ktorang time tuh... Sweet tau :)

Kalo korang nak datang dalam kuantiti yang agak ramai pun boleh jugak Mrs. Yan rasa sebab kedai ni besar tau. tak silap dia amik dalam 4 kedai. Kalo tak silap la. Papepun boleh try call owner restoran ni dulu kayh.

Kalo korang nak try makan nasi arab kat sini boleh cari alamat kat bawah ni kayh :

Restoran Aroma Hijrah
No. 6-8, Jalan Opera U2/H
TTDI Jaya
40150 Shah Alam

Tel : 03-7832 1524
      012-6544 838
      012-6644 639

FB : www.facebook.com/aroma.hijrah

Waktu operasi :
Isnin - Thursday  11.00 pagi - 10.30 malam
Friday - Sunday   11.00 pagi - 11.00 malam
Cuti umum         11.00 pagi - 11.00 malam

Jumaat tutup waktu Solat Jumaat (1.15 petang - 2.00 petang)

-Thanks for reading-
 



Comments

Popular Posts