Part 3 : Bercuti Ke Pulau Redang
Assalamualaikum... Ok korang, part 3 ni nak share pasal experience masa ktorang snorkeling dekat Pulau Redang. Sebelum tuh, korang boleh klik dekat Part 1 & Part 2 kalo korang nak baca part Bercuti Ke Pulau Redang yang sebelum nieh. Aktiviti snorkeling ni lah yang paling orang tunggu-tunggu kalo p pulau. Boleh tengok ikan, tengok coral. Mrs. Yan pun heksited jugak walaupun realiti kehidupan ni Mrs. Yan seorang yang tak pandai berenang 😅 So korang kalo teringin nak p snorkeling tapi takut sebab tak pandai berenang, korang jangan risau... Jap lagi Mrs. Yan share experience 😂 Ktorang sampai pulau redang dalam pukul 11 lebih. Kira perjalanan feri tu dalam sejam lebih ke 2 jam gitu lah. Check-in, rehat-rehat jap, lepas tu lunch. Ktorang memang kejar untuk sampai pulau sebelum lunch sebab takmo terlepas 1st trip untuk snorkeling petang tu. Lunch dalam pukul 12 cenggituh. Lepas je makan, terus gatai nak jalan-jalan tepi laut walaupun matahari tercacak atas kepala